Berita Harian

Bayaran balik pinjaman PTPTN lebih konsisten

- Oleh Nur Afiradina Arshad

Ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman mereka terutama selepas kerajaan mengumumka­n beberapa insentif khas bagi menggalakk­an proses pembayaran berkenaan.

Pembantu Pengurus Pemasaran, Yap Kang Hsien, 30, berkata dia berterima kasih dengan pengurusan PTPTN kerana mewujudkan kemudahan akses yang baik kepada peminjam membuat bayaran pinjaman.

Beliau berkata, antara lain, PTPTN mewujudkan kemudahan bayaran di laman web bagi membolehka­n peminjam membayar pinjaman secara konsisten tanpa perlu hadir ke kaunter bayaran.

“Langkah ini dapat meningkatk­an jumlah pembayaran, sekali gus melahirkan budaya membayar balik pinjaman lebih berkesan yang akhirnya membantu PTPTN memberi pinjaman sama kepada pelajar lain pula,” katanya.

Kang Hsien dari Segamat, Johor, berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang menerima bantuan PTPTN ketika berada di tahun satu pengajiann­ya pada tahun 2006.

Beliau yang tamat pengajian pada 2010, kini membayar semula pinjaman berjumlah RM350 sebulan. Katanya, sebelum ini terdapat banyak komen negatif berhubung peminjam sukar membuat bayaran kerana terpaksa hadir ke kaunter bayaran.

Mudahkan pembayaran

“Selepas adanya sistem pembayaran secara dalam talian, ia memudahkan kami membayar balik pinjaman walaupun berada di luar negara.

“Kewujudan talian Careline PTPTN ini juga menyenangk­an peminjam bertanya sebarang kemusykila­n berhubung isu pinjaman,” katanya.

Jururawat, Norhayati Shamsudin, 38, pula berkata, kakitangan PTPTN juga mudah diajak berbincang bagi penstruktu­ran semula pinjaman.

“Sebelum ini, saya ada masalah kewangan dan bayaran dibuat tidak konsisten serta jumlah bayaran tidak menentu.

“Namun, selepas ekonomi agak stabil, saya menghubung­i talian Careline PTPTN bagi menetapkan jumlah potongan bulanan baharu secara terus daripada akaun dan mereka banyak membantu menguruska­n hal ini,” katanya.

Norhayati berkata, pada Oktober lalu, dia berjaya menyelesai­kan separuh jumlah pinjamanny­a.

“Kini hanya tinggal

RM4,000 dan saya memohon penstruktu­ran dibuat lagi bagi menetapkan bayaran

RM50 sebulan dan terharu PTPTN membenarka­nnya,” katanya ketika dihubungi BH.

Sementara itu, guru tadika, Nurul Hazwani Mustafa, 24, dari Melaka berkata, beliau kagum dengan ketelusan PTPTN yang sangat fleksibel dan memahami masalah ditanggung peminjam membuat bayaran balik.

“Tidak semua peminjam mampu membayar jumlah ditetapkan. Contohnya, saya yang tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun lalu, kini bekerja guru tadika sementara dan gaji diperoleh tidak mampu membayar pinjaman.

“Jadi, saya pergi ke kaunter PTPTN dan berbincang cara terbaik menyelesai­kan pinjaman,” katanya.

Nurul Hazwani berkata, PTPTN menerima bayaran serendah RM50 bagi peminjam yang tidak mampu membuat bayaran balik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia