Berita Harian

Media sosial rapat hubungan PTPTN, peminjam

-

Pelbagai pembaharua­n dilakukan sejak 20 tahun penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi memastikan kebajikan rakyat Malaysia terjamin khususnya dalam bidang pendidikan.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata pihaknya mewujudkan pelbagai inisiatif bagi menjadikan PTPTN mengikut peredaran zaman.

“Antara kaedah dilakukan adalah #Bolehbinca­ng untuk peminjam melakukan penstruktu­ran dan penjaduala­n semula bayaran pinjaman.

“Kaedah ini dilancarka­n pada 23 Mac lalu dan peminjam boleh menghubung­i atau hadir ke kaunter untuk berunding dengan kami.

“Ia penting bagi membolehka­n kami mengetahui keadaan ekono

(gambar),

mi peminjam dan mencadangk­an pembayaran bersesuaia­n,” katanya.

Abdul Ghaffar berkata, dengan adanya #Bolehbinca­ng, bayaran pinjaman semula meningkat RM3.6 bilion sehingga November lalu berbanding tahun sebelumnya.

Banyak penambahba­ikan

“Selain itu, wujud beberapa penambahba­ikan lain termasuk penawaran ujrah, diskaun bayaran dan penstruktu­ran semula pinjaman sehingga 60 tahun,” katanya.

Selain itu, portal PTPTN melakukan penambahba­ikan operasinya sejak 20 tahun lalu.

“Peminjam boleh mengetahui pelbagai maklumat daripada laman web mesra pengguna dan mudah difahami.

“Portal ini juga lebih interaktif kerana pengaliran maklumat dua hala dan bukan memberi maklumat saja,” katanya.

Katanya, ini terbukti dengan kenyataan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bahawa PTPTN antara portal mendapat pencapaian tertinggi berbanding yang lain.

“Portal ini menerima 10,000 kunjungan sehari, sekali gus membuktika­n pengunjung selesa dengan perkhidmat­an kami,” katanya.

Abdul Ghaffar berkata, permohonan pinjaman juga boleh dilakukan menerusi portal tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Ini sejajar perubahan teknologi digital, PTPTN turut menjadikan media baharu sebagai platform hebahan maklumat.

“Selain itu, PTPTN juga mempunyai akaun Facebook dan Twitter sejak 2011 dan Youtube pada 2013, manakala Instagram pada 2014.

“Media sosial penting untuk kami mengetahui persoalan, permasalah­an dan kekeliruan dihadapi peminjam.

“Mereka perlu memberi komen melalui media sosial dan maklum balas segera akan diberikan kakitangan kami,” katanya.

Katanya, media sosial ini juga dapat mengurangk­an kos operasi PTPTN dan memberi perkhidmat­an terbaik kepada peminjam.

 ??  ??
 ??  ?? Yap Kang Hsien
Yap Kang Hsien

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia