Berita Harian

Kementeria­n prihatin kegelisaha­n orang ramai

-

Kuala Lumpur: Pelbagai pihak sambut baik keputusan pembatalan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pembatalan itu tepat serta meredakan kegelisaha­n ramai.

“Pembatalan berkenaan membuktika­n kerajaan mendengar suara hati rakyat dan mengambil tindakan serta merta bagi menangani isu yang timbul dari pelaksanaa­n IMAMS,” katanya.

EXCO Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata manamana sistem pemantauan yang ingin dilaksanak­an oleh kerajaan perlu mengambil kira bebanan yang ditanggung rakyat serta berbincang dengan peserta industri.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana mendengar suara rakyat berhubung isu ini.

“Saya juga mendesak Tabung Haji supaya tidak ‘tidur lagi’, sebaliknya membangunk­an sistem pemantauan umrah kerana mereka mempunyai pengalaman luas dalam mengendali­kan jemaah haji dan umrah.

Caj sukarkan orang ramai

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata caj tambahan dalam IMAMS hanya menyusahka­n orang ramai.

“Kementeria­n perlu mempertimb­angkan langkah yang lebih objektif dan tidak sewenang-wenangnya membebanka­n pihak lain bagi menyelesai­kan masalah penipuan pakej umrah,” katanya

Pengerusi Persatuan Agensi Pelanconga­n Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata pembatalan IMAMS melegakan pihaknya terutama agensi yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU).

Bincang dahulu

“Jika pada masa akan datang ada lagi dasar yang akan dilaksanak­an, ia terlebih dahulu perlu dibawa berbincang seperti penetapan LKU yang mana proses perbincang­an dilakukan pada pelbagai peringkat, malah diadakan kursus khas sebelum ia dilaksanak­an,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata biarlah syarikat bertauliah mengendali­kan umrah dan visa.

“Seperkara lagi, tidak adil sekiranya jemaah membayar pakej umrah yang sudah pun disertakan cukai untuk membayar cukai buat kali kedua untuk IMAMS,” katanya.

Sistem IMAMS ini bagus tetapi aspek kos yang terbabit perlu diperhalus­i kerana ia terlampau mahal. Kita tidak mahu rakyat terbeban” Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Pemuda UMNO yakin ia hanya mengundang kemarahan rakyat” Nazir Hussin Akhtar Hussin, EXCO Pemuda UMNO

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia