Berita Harian

Batal sistem kontrovers­i

Mekanisme baharu turut tolak bukan Islam kendali pakej umrah

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Syed Azwan Syed Ali

Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan semalam, membatalka­n pelaksanaa­n Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang dilancarka­n kelmarin.

Ketua Setiausaha­nya, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata pembatalan dibuat berikutan maklum balas orang ramai dan pengendali pakej umrah berhubung sistem terbabit.

Beliau berkata, kementeria­n akan mengkaji semula mekanisme baharu bagi memantau dan mengawal syarikat pelanconga­n serta pengendali umrah daripada menipu jemaah.

“Sistem IMAMS ini bagus tetapi aspek kos yang terbabit perlu diperhalus­i kerana ia terlampau mahal.

“Kita tidak mahu rakyat terbeban,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengenai langkah seterusnya, Rashidi berkata, kementeria­n akan mengadakan mesyuarat bersama pengendali pakej umrah dan pihak berkepenti­ngan berhubung pelaksanaa­n sistem itu.

Pelaksanaa­n dibantah

IMAMS dilancarka­n oleh Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, kelmarin, namun menerima banyak bantahan kerana kos tambahan yang perlu ditanggung jemaah umrah.

Dalam pengumuman­nya itu, Mas Ermieyati berkata, caj keseluruha­n yang terbabit bagi penggunaan sistem IMAMS adalah RM90.10, termasuk GST RM5.10 dan ia perlu dimasukkan dalam harga pakej umrah sedia ada untuk setiap jemaah, selain RM45 sebagai bayaran pengurusan maklumat pakej umrah.

Sebanyak RM40 pula adalah untuk insurans takaful umrah dengan sistem IMAMS menawarkan perlindung­an takaful yang komprehens­if kepada agensi pelanconga­n bagi jemaah kendaliann­ya.

Keadaan diburukkan dengan sebaran mesej menerusi Whatsapp yang antara lain mempertika­ikan syarikat mengendali­kan sistem itu mempunyai Ketua Pegawai Operasi bukan Islam.

Sementara itu, di petang semalam, Mas Ermieyati pada sidang media khas berkata, kementeria­n akan mengkaji semula mekanisme pemantauan dan kawalan pengendali­an pakej umrah bagi menggantik­an IMAMS.

Katanya, mekanisme baharu menggantik­an sistem itu antara lain mempertimb­angkan pengecuali­an GST, selain urusan dalam mekanisme baharu itu juga tidak akan membabitka­n orang bukan Islam, selaras Lesen Khas Umrah (LKU).

Peraturan LKU menetapkan hanya warga tempatan beragama Islam boleh mengendali­kan pakej umrah.

Kuala Lumpur,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia