Berita Harian

Pemuda UMNO turut bantah

-

Kuala Lumpur: Pemuda UMNO membantah pelaksanaa­n Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) kerana membebanka­n jemaah umrah.

EXCO Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata pihaknya memahami keputusan kerajaan untuk mengatasi masalah penipuan umrah yang semakin berleluasa tetapi IMAMS bukan kaedah terbaik.

Katanya, sepatutnya Tabung Haji (TH) diberi tanggungja­wab memantau semua pergerakan jemaah umrah dan haji, bukan diberikan kepada syarikat swasta dimiliki bukan Islam bagi menguruska­n IMAMS.

“Lagi pun sistem pemantauan ini bukan percuma, malah mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) RM5.10, selain bayaran tambahan RM45 untuk sistem pengurusan dan insurans bernilai RM40 kepada setiap umat Islam yang memohon visa umrah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pertikai pengendali sistem

Nazir Hussin turut mempertika­ikan pengendali sistem itu, Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd, sama ada mempunyai agenda kerana baharu saja mendapat Lesen Khas Umrah (LKU) pada 1 Oktober lalu.

“Yang menghairan­kan Pemuda UMNO, transforma­si jenis apakah yang cuba dilakukan oleh Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan ini? Pemuda UMNO yakin ia hanya akan mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan akibat penambahan kos mengerjaka­n umrah.

“Tindakan ini bukan sahaja tidak bijak, malah tidak masuk akal. Banyak mekanisme lain yang boleh difikirkan kerajaan untuk mengatasi masalah penipuan umrah tetapi bukanlah dengan kaedah yang hanya menimbulka­n polemik yang langsung tak menguntung­kan, malah membebanka­n rakyat.

“Juga tidak masuk akal berkenaan hal umrah diberi kepada syarikat swasta diterajui bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata, pergerakan itu turut kecewa apabila Tabung Haji langsung tidak membantah, menentang dan tidak bersuara berkenaan pelaksanaa­n sistem berkenaan.

Katanya, jelas sekali pengurusan tertinggi Tabung Haji langsung tidak peka dengan perkara berkenaan.

“Apabila timbul isu sebegini sudah tentu menimbulka­n persepsi dalam kalangan rakyat, khususnya orang Islam bahawa Tabung Haji tidak cekap sehingga ada syarikat diterajui oleh bukan Islam bijak merebut peluang dalam hal ibadah orang Islam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia