Berita Harian

Ada calon, urus sendiri amah jadi syarat

-

Putrajaya: Penjimatan bayaran menerusi mekanisme pengambila­n pembantu rumah warga asing secara dalam talian berkuat kuasa 1 Januari depan, adalah antara pilihan diberi kerajaan kepada majikan.

Pengarah Pekerja Asing Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Khar Yahya, berkata bayaran RM1,635 itu merangkumi pelbagai kos bayaran wajib.

Katanya, kos membabitka­n bayaran levi, visa, cagaran dan ujian kesihatan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaa­n Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) yang jauh lebih rendah berbanding RM3,000 sebelum ini.

Majikan perlu memastikan mereka mempunyai calon pekerja yang sudah berada di Malaysia dan menguruska­n pengambila­n itu sendiri tanpa menerusi ejen.

“Kerajaan bagi pilihan kepada orang awam. Kalau mahu jimat, segala urusan pengambila­n dilakukan sendiri dan pastikan ada calon di sini yang mahu bekerja.

Harga berbeza guna ejen

“Kalau mereka tidak ada calon dan menggunaka­n khidmat ejen, harganya berbeza kerana perlu bayar ejen, lihat profil pembantu kena bayar.

“Malah mereka juga berdepan risiko ditipu ejen tidak bertanggun­gjawab. Ejen di Malaysia perlu berurusan dengan ejen atau syarikat berdaftar di negara sumber, maka tentu ada lagi bayaran untuk urusan membawa masuk pembantu rumah.

“Itu yang kosnya kadang-kadang mencecah belasan ribu ringgit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mekanisme pengambila­n pembantu rumah warga asing secara dalam talian yang berkuat kuasa mulai 1 Januari depan bakal menjimatka­n kos sehingga 90 peratus kepada majikan.

Khairul berkata, mekanisme itu sudah dibincang dengan beberapa persatuan berkaitan pembantu rumah termasuk Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA).

“Mereka bersetuju dan memaklumka­n tidak mampu mengawal harga ditetapkan ejen di negara sumber,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia