Berita Harian

Teknik ‘couching’ punca pesakit jadi buta

Pembedahan haram disahkan tak mampu rawat penyakit katarak

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Teknik pembedahan haram untuk mata bagi menanggalk­an selaput (katarak) yang dinamakan ‘couching’ boleh menyebabka­n buta.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata teknik terbabit sudah diharamkan sebelum ini, selain disahkan tidak mampu merawat penyakit katarak.

Beri kesan lebih buruk

Selain itu, katanya, teknik ‘couching’ boleh memberi kesan lebih buruk kepada pesakit dalam jangka masa panjang.

Teknik itu membabitka­n pembedahan menolak kanta mata ke dalam rongga vitreus yang dijalankan oleh pihak tertentu dan kini tular di media sosial.

“Kalau awak tolak lensa mata itu takut terkeluar daripada sarung dan akan menyebabka­n macam-macam berlaku, teknik (‘couching’) ini datang dari mana?

“Selama 40 tahun saya dalam bidang perubatan saya tak pernah dengar teknik tolak lensa (mata) ke dalam,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi amal bermotosik­al dan bantuan keluarga miskin, di sini, semalam.

Justeru, beliau berkata, semua Jabatan Kesihatan negeri diarah memantau dan mengambil tindakan terhadap pengamal aktiviti ‘couching’.

Dapatkan nasihat pakar perubatan

“Pesakit katarak dinasihatk­an mendapatka­n nasihat pakar perubatan dan menjalani pembedahan di hospital dengan keseluruha­n prosesnya hanya mengambil masa hampir 30 minit sahaja.

“Teknik ‘couching’ ini tak diiktiraf selain dikhuatiri akan menyebabka­n keadaan mata pesakit bertambah buruk jika menjalanin­ya kerana bahagian mata sangat kompleks dan pelbagai kemungkina­n boleh berlaku,” katanya.

Teknik ‘couching’ tak diiktiraf selain sebabkan keadaan mata tambah buruk” Dr Hilmi Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan

 ?? [FOTO MUHAMMAD MIKAIL ONG/BH] ?? Dr Hilmi (tiga dari kanan) melepaskan peserta pada konvoi amal bermotosik­al di Balik Pulau, semalam.
[FOTO MUHAMMAD MIKAIL ONG/BH] Dr Hilmi (tiga dari kanan) melepaskan peserta pada konvoi amal bermotosik­al di Balik Pulau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia