Berita Harian

Pesakit berdepan komplikasi sepanjang hayat

-

Georgetown: Teknik ‘couching’ disahkan tidak mampu merawat katarak, sebaliknya akan mendatangk­an pelbagai komplikasi sepanjang hayat ke atas pesakit yang menjalani rawatan itu.

Pakar mata dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Liza Sharmini Ahmad Tajudin, berkata teknik yang mula diguna pakai sejak era kegemilang­an Mesir itu juga sudah diharamkan di negara ini sejak 1990-an.

Katanya, teknik itu diharamkan selepas ramai pesakit yang menjalani rawatan ‘couching’ gagal memulihkan katarak, selain mengalami kehilangan 15 diopter semula jadi yang menyebabka­n individu terbabit tidak mampu melihat dengan jelas.

“Pesakit hanya mampu melihat dengan jelas dalam suatu tempoh singkat selepas menjalani rawatan ‘couching’. Bagaimanap­un, penglihata­n mereka kembali kabur kerana 15 diopter di bahagian mata sudah ditolak ke karung belakang mata.

Risiko tinggi radang mata

“Pesakit juga terpaksa bergantung dengan pemakaian cermin mata dengan ‘power’ sekurang-kurang 1,500 bagi setiap mata jika mahu melihat seperti sedia kala berikutan 15 diopter itu bersamaan dengan kanta yang berkuasa 1,500.

“Selain itu, pesakit berdepan risiko amat tinggi untuk menghidap radang mata yang boleh menjejaska­n keseluruha­n retina hingga menyebabka­n buta dengan keseluruha­n komplikasi itu akan ditanggung seumur hidup mereka. Peluang untuk sembuh sangat minimum,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Diopter ialah ukuran kuasa kanta atau prisma bersamaan dengan jarak fokus diukur dalam meter.

Mengulas teknik itu, Dr Liza Sharmini berkata, pengamal perlu menggunaka­n alat seperti jarum untuk menolak selaput katarak yang sudah masak sepenuhnya ke bahagian karung belakang lensa.

Retina koyak

“Selaput katarak ini akan ditekan menggunaka­n jarum atau alat khusus sehingga ia masuk ke bahagian karung belakang lensa. Kaedah ini boleh menyebabka­n retina koyak atau menarik ‘filler’ mata yang sangat sensitif.

“Difahamkan, bayaran menjalani teknik ‘couching’ ini juga lebih mahal berbanding pesakit melakukan pembedahan membuang katarak secara sah di hospital. Pembedahan membuang selaput katarak juga hanya membabitka­n kos RM1,000 dan lebih selamat,” katanya.

 ??  ?? Dr Liza Sharmini Ahmad Tajudin
Dr Liza Sharmini Ahmad Tajudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia