Berita Harian

ADAM50 insentif terbaik rancang kewangan anak

Ibu bapa digalak manfaat skim khas untuk anak lahir pada 2018 hingga 2022

- Oleh Nadia Hamid

Selebriti, Datuk Aznil Nawawi menasihatk­an ibu bapa khususnya generasi muda manfaatkan Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), skim khas untuk anak dilahirkan pada 1 Januari 2018 sehingga 2022.

ADAM50 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentang­an Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu.

Aznil atau Pak Nil yang juga Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) lantikan Kementeria­n Pendidikan berkata, ADAM50 sangat bagus untuk memberi kesedaran pendidikan kepada ibu bapa memulakan perancanga­n kewangan anak mereka.

Katanya, ia berikutan ibu bapa perlu berpandang­an jauh dan membuat satu pelan perancanga­n kewangan untuk menjamin masa depan anak, terutama sekiranya berlaku musibah tidak diduga seperti kematian.

Justeru, beliau menggesa ibu bapa melihat sisi positif pemberian ADAM50 bukan sebagai pancingan, tetapi insentif terbaik merancang kewangan anak.

“Bayangkan anak sebesar satu hari sudah ada wang di tangan mereka.

“Saya percaya semua kaum di dunia menerima kehadiran anak sebagai anak anugerah atau rezeki.

“Islam yakin setiap anak dilahirkan ada rezeki mereka sendiri.

Tabungan untuk anak

“Jadi, apabila kerajaan memberikan dana ADAM50 berjumlah RM200, ia permulaan perancanga­n awal untuk anak memiliki tabungan atas namanya sendiri.

“Kita (ibu bapa) sebagai pemegang amanah. Ibu bapa jangan salah guna dana anak. Bila diberi RM200, jangan keluarkan dana sehingga anak mencapai usia 17 tahun.

“Tanggungja­wab kita untuk tambah simpanan sebagai amanah kepada anak kita,” katanya.

Terdahulu, Pak Nil mengacarak­an penutup Kem Perancanga­n Kewangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bersama 150 kanak-kanak, termasuk anak yatim berusia 7 hingga 12 tahun di Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB) di sini, semalam.

Kem itu adalah acara penutup program pendidikan kewangan ASNB membabitka­n seminar Saya Pelabur Bijak, Saya Bijak Berbelanja, Kenali Risiko dan Pulangan serta Instalabur yang diadakan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Seremban, Sibu serta Sandakan.

Pak Nil berkata, ibu bapa perlu mengajar anak terminolog­i perancanga­n kewangan betul iaitu menabung adalah simpanan masa depan yang tidak boleh dikeluarka­n dengan sesuka hati.

Beliau turut mencadangk­an supaya menabung dan menyimpan diajar dalam mata pelajaran perancanga­n kewangan bermula dari sekolah rendah.

“Kita kena ajar anak faham menabung dan menyimpan, dua benda berbeza. Anak perlu dididik berdikari, iaitu kalau nak belajar di luar negara, kita perlu ada simpanan.

“Sekadar perkongsia­n, saya ajar anak menabung. Dua anak saya akan berlumba-lumba menabung untuk simpan. Sampai setiap minggu nak tengok buku simpanan mereka,” katanya.

Ajar hidup secara ala kadar

Pak Nil turut menasihatk­an ibu bapa supaya mengajar anak hidup ala kadar dan tidak memberikan kemewahan kepada anak walaupun mereka mampu, selain meletakkan syarat tertentu seperti belajar pandai baru dapat telefon bimbit supaya anak mudah berdikari.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin mahu kem itu menjadi platform awal mendidik kanak-kanak mengubah sikap, pandangan dan pemahaman kanak-kanak mengenai wang dan nilai wang.

“Matlamat kami membantu kanakkanak yang menyertai kem kewangan, faham proses mengurus wang dengan bijak dan menjadikan menabung sebagai amalan harian.

“Sebagai contoh, peserta Saya Bijak Berbelanja diberi elaun RM50 untuk berbelanja di kedai buku dan kantin sekolah dalam masa lima minit.

“Selepas itu, pemenang akan dipilih dalam kalangan peserta yang hemah berbelanja dan membeli barang berkualiti pada harga berpatutan,” katanya.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Aznil ketika mengacarak­an penutup Kem Perancanga­n Kewangan ASNB bersama 150 kanak-kanak di Menara PNB, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Aznil ketika mengacarak­an penutup Kem Perancanga­n Kewangan ASNB bersama 150 kanak-kanak di Menara PNB, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia