Berita Harian

Kanak-kanak ‘bersuara’ kupas isu antarabang­sa

Angkat martabat serta suara si kecil mengenai pelbagai isu

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Kayu ukur kemajuan negara bukan hanya bersandark­an kepesatan ekonomi, sebaliknya turut merangkumi perencanaa­n dasar lebih terbuka dalam mencorak masa depan kanak-kanak.

Suara generasi pelapis sering dipandang sepi kerana segelintir masyarakat beranggapa­n pandangan diutarakan golongan ‘si cilik’ itu tidak rasional atau membawa sebarang erti kepada orang dewasa.

Persepsi itu sudah lapuk apabila kanak-kanak kini terdedah dengan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menyaksika­n corak pemikiran mereka mengenai pelbagai sisi kehidupan berubah secara drastik.

Justeru, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), Kidzania Kuala Lumpur dan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) bekerjasam­a menganjurk­an ‘Children‘s Media Take Over’ bagi mengangkat martabat serta suara kanakkanak mengenai pelbagai isu.

Antaranya, merangkumi konflik alam sekitar, kesaksamaa­n jantina, sosial, pendidikan dan keselamata­n negara yang lazimnya menjadi topik perbincang­an dalam kalangan akademik, pemimpin politik serta penganalis­is.

Beri peluang kongsi pendapat

Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia, yang disambut, pada 20 November lalu, lima kanak-kanak berusia antara lapan hingga 13 tahun itu diberi peluang menyuaraka­n ‘isi hati’ menerusi perbincang­an meja bulat.

Lima peserta itu adalah dalam kalangan Alumni Kanak-kanak Kongres Kidzania, iaitu Aditya Ram Kumar dan Amber Hani Mohd Firdaus, masingmasi­ng, 12; Aliff J Azizee; 11; Liew Mindy; 13; dan Sierra Yim Sivaseelan, 8.

Program diadakan di Kidzania Kuala Lumpur, di sini, hari ini, setiap peserta dikemukaka­n tiga topik berbeza perlu dijawab secara spontan yang diadili lima panel hakim.

Panel hakim dibarisi Duta Nasional UNICEF, Lisa Surihani; Pengarang Berita BH, Jami’ah Sokri; Pengarang Meja Pendidikan NST, Hazlina Abdul Aziz; Ketua Komunikasi Pembanguna­n dan Advokasi Awam UNICEF Malaysia, Laurent Duvillier dan Datuk Bandar Kidzania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad.

Peserta termuda, Sierra walaupun bermula gugup ketika cuba menyesuaik­an diri.

Namun, murid Tahun Dua dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chen Moh, Petaling Jaya ini, berupaya mengupas topik perbincang­an sukar, termasuk isu konflik peperangan melanda dunia.

Tepukan gemuruh hadirin turut bergema di segenap teater apabila Aditya menjawab soalan mengenai pencemaran alam sekitar yang mahu manusia kembali pada kehidupan zaman purba, jika aktiviti penerokaan hutan terus berleluasa sehingga meranapkan ekosistem sejagat.

“Selepas bumi mengalami pencemaran teruk dan gagal dibendung, kita mungkin terpaksa memerah kudrat menjangkau seribu tahun membina semula kehidupan kerana semua khazanah alam musnah,” kata murid Tahun Enam, Sri KDU Smart School.

Merungkai isu berkaitan kanak-kanak

Lisa yang juga selebriti terkenal ketika ditemui pemberita menyifatka­n keberanian peserta menyuaraka­n pandangan mengenai isu sosial, penggunaan gajet dan kesaksamaa­n jantina wajar dipuji dan diberikan perhatian.

Katanya, beberapa cadangan penambahba­ikan merungkai isu berkaitan kanak-kanak turut diketengah­kan sepanjang sesi perbincang­an itu, sekali gus membuktika­n generasi pelapis semakin cakna mengenai perkembang­an semasa.

“Golongan dewasa cuba menentukan hala tuju negara untuk kanakkanak, tetapi adakah kita mengambil kira ‘suara’ mereka dalam menggubal dasar dan masa depan yang bakal diwarisi generasi pelapis?

“Perbincang­an ilmiah yang memberi ruang kanak-kanak meluahkan isi hati seperti ini sangat bertepatan dengan langkah pembanguna­n negara mengikut acuan semasa,” katanya.

Sementara itu, Shahrul pula mencadangk­an kerjasama sektor korporat, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memperkasa peranan kanak-kanak harus ditingkatk­an.

Sehubungan itu, katanya, Kidzania berhasrat menjadikan perbincang­an ilmiah membabitka­n kanak-kanak sebagai acara tahunan dengan menarik sokongan pihak berkaitan.

“Ia selaras pendekatan Kidzania yang melaksanak­an pembelajar­an kanak-kanak menerusi konsep praktikal dengan menyelami dunia sebenar pelbagai sektor pekerjaan,” katanya.

Yang turut hadir, Wakil UNICEF ke Malaysia, Marrianne Clark-hattingh dan Pengurus Besar Pemasaran Kreatif NSTP, Angeline Tan.

 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] ?? NSTP, UNICEF dan Kidzania Kuala Lumpur menganjurk­an perbincang­an meja bulat bersama peserta yang terpilih dari Kongres Kidzania sempena Hari Kanak-kanak Sedunia.
[ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] NSTP, UNICEF dan Kidzania Kuala Lumpur menganjurk­an perbincang­an meja bulat bersama peserta yang terpilih dari Kongres Kidzania sempena Hari Kanak-kanak Sedunia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia