Berita Harian

Kerajaan Selangor tidak maksum

MB diminta henti tuding jari pada pihak lain, serah SPRM siasat kes

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Kerajaan Selangor perlu realistik dan tidak menuduh mana-mana pihak berhubung siasatan skandal tanah Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu akur dengan bukti dan sedar kerajaan pimpinanny­a bukan bersifat maksum.

Katanya, Barisan Nasional (BN) tidak pernah menuduh pembangkan­g sekiranya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalanka­n siasatan terhadap ahli politik BN atau agensi kerajaan membabitka­n dakwaan rasuah.

“Sarang tebuan jangan dijolok. BN tidak pernah menuduh (pembangkan­g), malah BN bagi kerjasama yang penuh kepada SPRM. Buat apa nak takut jika tidak bersalah?

“Apabila SPRM buka siasatan semula, salahkan BN. Inilah Menteri Besar kuat politik, pandai berlakon kata kerajaan telus, tiada penyelewen­gan.

Serah kepada SPRM siasat

“Hari ini apabila dah terbukti, mula tuduh pihak lain. Biarkan SPRM jalankan siasatan, tidak perlu takut,” katanya kepada BH, semalam.

Terdahulu, ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Masjid Seksyen 24, Mohamed Azmin, meminta SPRM menjalanka­n siasatan secara profesiona­l dan tidak mengikut arahan Noh.

Khamis lalu pula, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh mempersoal­kan tindakan SPRM yang membuka semula siasatan berhubung isu pemberi milikan tanah Kampung Sungai Yu.

Ia susulan serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai SPRM ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Dewan Undangan Negeri, Rabu lalu, bagi mendapatka­n dokumen dan bukti berkenaan isu itu.

Noh berkata, SPRM menjalanka­n tugas berdasarka­n bukti, termasuk pengakuan Yeoh selaku Pengerusi Jawatankua­sa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertangg­ungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), pada 8 Disember lalu, berkenaan pemberian milikan tanah kepada 175 individu itu tidak mengikut syarat ditetapkan.

Beliau berkata, BN Selangor menubuhkan Jawatankua­sa Aduan Tanah Rakyat, yang dipengerus­ikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Sulaiman Razak sebagai saluran untuk orang ramai mengadu sekiranya terdapat isu pemberian tanah yang tidak telus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia