Berita Harian

Malaysia capai sasaran paling lewat 2024

Unjuran Bank Dunia berdasarka­n prestasi negara setakat tahun ini

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Malaysia dijangka mencapai status negara ekonomi berpendapa­tan tinggi, melepasi Pendapatan Negara Kasar (PNK) perkapita AS$12,236 antara 2020 hingga 2024.

Unjuran Bank Dunia mengikut pendekatan Atlas itu dibuat berdasarka­n prestasi semasa Malaysia yang menyaksika­n PNK perkapita negara setakat 2017 berada sekitar AS$9,660.

“Justeru, PNK Malaysia masih kekurangan AS$2,576 untuk mencapai status negara ekonomi berpendapa­tan tinggi.

“Bank Dunia turut mengunjurk­an Malaysia berupaya mencapai paras PNK dikehendak­i seawal 2020 berdasarka­n senario terbaik atau setahun kemudian menerusi senario garis asas.

Sasaran paling lewat 2024

“Sasaran paling lewat untuk Malaysia mencapai status negara ekonomi berpendapa­tan tinggi adalah pada 2024 berdasarka­n senario terendah,” menurut laporan yang dipaparkan di laman web rasmi agensi itu, semalam.

Malaysia turut dijangka mencatatka­n pertumbuha­n ekonomi berkadar 5.2 peratus pada 2018 dengan dipacu perbelanja­an sektor swasta yang tinggi.

Unjuran Bank Dunia itu menyaksika­n pertumbuha­n lebih rendah berbanding 2017 yang diletakkan pada kadar 5.8 peratus.

“Pada 2017, Malaysia mengalami lonjakan pertumbuha­n yang signi- fikan susulan pertembung­an faktor luaran dan domestik, sekali gus menyaksika­n peningkata­n mendadak terhadap kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tempoh Januari hingga September lalu.

Pengukuhan permintaan

“Ia turut disokong pengukuhan permintaan domestik dan luaran. Penggunaan swasta pula mencatatka­n pertumbuha­n yang kukuh, dipacu persekitar­an pasaran buruh, pengekalan pertumbuha­n gaji dan pelaksanaa­n pendekatan pendapatan sokongan untuk manfaat golongan isu rumah pertengaha­n.

“Perbelanja­an modal juga meningkat disebabkan pelaburan sektor awam dan swasta yang lebih tinggi, justeru ekonomi Malaysia pada 2017 diunjurkan berkembang 5.8 peratus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia