Berita Harian

Pemerkasaa­n golongan kurang upaya

-

Saya terlihat tulisan Instagram Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, akan pelancaran satu projek istimewa Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang membabitka­n remaja austime.

Menurutnya, IKBN bakal menawarkan kursus dalam bidang teknologi maklumat dan hospitalit­i yang saya ketahui ini kali pertama, tawaran kursus pengajian lanjut (lepas sekolah) khas buat mereka yang berlainan upaya.

Saya berasakan, ini satu inisiatif baik, bukan sahaja kerana buat kali pertama kita mendengar satu inisiatif orang muda yang khusus memberi tumpuan kepada golongan istimewa ini, tetapi yang lebih unik ia memberi tumpuan kepada golongan dewasa.

Lazimnya, program dan aktiviti membabitka­n golongan istimewa, kurang upaya dan anak yatim piatu, terlalu banyak fokus diberi kepada kanak-kanak. Mungkin kerana secara semula jadi, manusia lebih tertarik dan lebih lembut hatinya apabila melihat kanak-kanak, sekali gus tumpuan lebih diberikan kepada mereka.

Namun, pada pendapat saya, lebih penting lagi tumpuan diberi kepada remaja dan dewasa muda, khususnya bagi membantu mereka yang kurang upaya. Mana tidaknya, sekurang-kurangnya kanak-kanak masih lagi berada dalam sistem persekolah­an dan bantuan kebajikan. Penjaga mereka rata-rata masih mampu untuk memberi masa dan tumpuan dalam memastikan kesejahter­aan kehidupan seharian mereka.

Bagi remaja dan dewasa muda, apabila mereka sudah sampai had umur yang bakal membawa mereka menghadapi dunia realiti, sepatutnya bantuan yang lebih diberikan untuk memastikan mereka mampu hidup berdikari seterusnya menjadi sebahagian daripada masyarakat. Mungkin kita terlalu terperangk­ap dengan sentimen simpati dan berpendapa­t, jalan terbaik bagi membantu mereka ini adalah dalam bentuk sedekah serta pemberian bantuan.

Kita berpendapa­t, mereka ini perlu dibantu secara terus. Barangkali sudah tiba masanya, kita mengubah persepsi kita dari mentaliti bantuan kepada pemerkasaa­n. Saya rasa mereka pun tidaklah mengharapk­an ataupun mahukan tongkat dan bantuan sepanjang masa, apa yang diperlukan ialah masyarakat kita menyediaka­n suasana serta keadaan di mana golongan kurang upaya ini boleh mencapai potensi sebenar mereka.

Penulisan saya ini bukan sekadar omongan kosong. Walaupun kita bangga dengan pencapaian atlet kita di Olimpik seperti ratu terjun Pandalela Rinong dan raja pecut berbasikal, Azizulhasn­i Awang, emas pertama negara akhirnya datang dari atlet paralimpik yang sebelum ini kita langsung tidak kenal apatah lagi melihat mereka beraksi di kaca TV.

Bidang sukan, contoh terbaik dalam menterjema­hkan idea menyediaka­n keadaan bukan untuk membantu mereka yang dikatakan kurang upaya, tetapi menghidupk­an suasana subur untuk menyedari potensi diri mereka yang sebenar.

Beri ruang

Wajar kita memberikan ruang sebaik-baiknya untuk golongan ini supaya pilihan mereka lebih luas dari stereotaip yang sering kali terlekat pada imej mereka. Orang buta tidak semestinya menjadi pemuzik jalanan, boleh juga mereka menjadi peguam, jurutera, malah pengaturca­ra pun boleh.

Kalau penyumbang emas negara pertama datangnya dari atlet paralimpik, mungkin suatu hari nanti negara kita juga mempunyai seorang Perdana Menteri yang pernah suatu ketika dikatakan, sebagai individu kurang upaya. Keupayaan fizikal tidak harus menjadi batu penghalang kepada intelek seseorang itu dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew serta ahli fizik terkenal, Albert Einstein dikatakan, mempunyai masalah autisme ketika mereka membesar.

Saya kira atlet paralimpik negara memberikan inspirasi cukup bermakna kepada masyarakat bahawa kekurangan dalam satu-satu perkara tidak harus menjadi penghalang, mencari potensi dan kelebihan dalam perkara lain.

Ada pepatah yang mengatakan, bahawa sekiranya anda memberikan seekor ikan kepada manusia itu dia tidak akan lapar untuk sehari tetapi sekiranya anda mengajarny­a untuk menangkap ikan maka dia tidak akan lapar seumur hidupnya. Mungkin sudah tiba masanya kita memberi tumpuan khusus kepada pemerkasaa­n, berbanding bantuan atau lebih dari program yang berbentuk musim seperti majlis berbuka puasa atau membeli-belah sempena musim perayaan.

Kita wajar lebih giat dalam memperkena­lkan kokurikulu­m peringkat menengah ke atas bagi mengenal pasti akan kelebihan dan kemahiran yang sesuai dengan warga istimewa ini. Selalunya apabila memperkata­kan isu seperti ini, masyarakat sering kali meletakkan tanggungja­wab kepada kerajaan. Kita biasa dengar, kerajaan mesti buat begini dan begitu, tetapi pada hari ini saya lebih berminat kepada inisiatif yang dihasilkan dan disokong oleh pihak persendiri­an.

Saya menyeru lebih banyak syarikat memberi peluang kepada golongan kurang upaya ini untuk diserapkan ke dalam tenaga kerja mereka dan bukan sekadar mengisi jawatan asas seperti pelayan tetapi lebih kepada kerja membabitka­n kemahiran. Mungkin selain dari kafe dan restoran makanan segera, bagus kalau ada mana-mana syarikat besar yang berasaskan teknologi atau firma, mengadakan satu program khusus sebagai antara inisiatif tanggungja­wab sosial korporat mereka. Saya sangat ingin melihat inisiatif seperti ini dibuat.

Selain itu, kita sebagai masyarakat juga boleh menghidupk­an suasana yang positif agar golongan kurang upaya ini tidak berasakan diri mereka didiskrimi­nasi atau dipandang lain. Wajar kita melayan mereka seperti kita melayan orang lain dengan penuh berhemah dan jangan kita melakukan perkara menyusahka­n mereka seperti mengambil tempat letak kereta OKU kerana malas berjalan jauh atau berniaga menghalang denai kaki lima untuk orang cacat penglihata­n.

Apa pun, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Kementeria­n Belia dan Sukan atas inisiatif yang begitu baik ini. Sudah tiba masanya kita menyediaka­n ruang dan peluang untuk semua rakyat Malaysia, khususnya anak muda mencapai potensi mereka yang sepenuhnya.

Hari ini, golongan ini berjaya menjadi jaguh yang membawa pingat emas pertama untuk negara, mana tahu satu hari nanti Hadiah Nobel negara dianugerah­kan kepada individu autisme yang potensi sebenar diserlahka­n apabila masyarakat bukan sahaja menerima dirinya seadanya, tetapi memberinya keyakinan dan peluang menjadi seseorang yang boleh mencapai potensi dirinya yang sebenar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia