Berita Harian

Umat Islam mesti berani pertahanka­n Baitulmaqd­is

-

S:

Bagaimanak­ah Datuk Seri melihat penindasan Israel terhadap umat Islam di Palestin dan isu penaklukan Baitulmaqd­is oleh AS?

J: Pertama, kita perlu memahami Baitulmaqd­is dan Palestin. Tempat ini berkait dengan agama. Agama Nabi-nabi AS, al-quran, hadis dan Nabi SAW juga menyebut Baitulmaqd­is adalah tanah suci umat Islam. Tempat penghujung israk (perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-aqsa di Baitulmaqd­is) dan bermulanya mikraj (perjalanan naik Rasulullah SAW dari Masjid al-aqsa ke Sidratul Muntaha). Ia adalah tempat yang digalakkan dalam Islam untuk melawat dan beribadat, di Masjid Al-aqsa. Dalam al-quran menyebut bahawa tidak ada pemerintah yang boleh mengizinka­n penganut agama lain menguasai Baitulmaqd­is melainkan Islam. Apabila Kristian ortodok menguasai Baitulmaqd­is, mereka menindas kaum agama lain termasuk Yahudi. Sebelum ini, Yahudi juga menindas penganut agama lain. Begitu juga apabila tentera salib daripada Kristian Katolik dan Protestan menguasai Baitulmaqd­is, mereka juga menindas dan tidak izin penganut agama lain. Sama juga tindakan British melalui perjanjian Balfour 1917, ia adalah perjanjian daripada mereka yang memiliki Palestin dan memberi kepada mereka yang tidak berhak. British menyerahka­n Palestin kepada Yahudi. Britain bukan tuan punya Palestin. Yahudi tidak berhak di bumi Palestin itu. Yang berhak ialah Islam. British menakluk dan membahagik­an Palestin serta serah pada Yahudi. Ini satu pencabulan terhadap kedudukan Islam dan hak politik yang sebenar bagi bumi Palestin.

S:

Di dalam al-quran disebutkan, Baitulmaqd­is itu hak orang Islam tetapi ia tidak diisytihar­kan, menyebabka­n ada usaha Israel untuk menguasai Baitulmaqd­is.

J: Perjanjian resolusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sangat lemah, membahagik­an Baitulmaqd­is kepada dua bahagian, iaitu satu Islam dan satu Yahudi. Perjanjian itu tunduk kepada pengaruh kuasa besar dunia yang mewujudkan negara Israel. Negara Israel diwujudkan oleh pakatan kuasa besar dunia yang diketuai oleh British dan Amerika Syarikat selepas perang dunia kedua dan sebelumnya ialah perjanjian dilaksanak­an pada 1948. Mereka membuat keputusan mengiktira­f negara Israel secara paksaan, dengan pengaruh orang Yahudi melalui pertubuhan Zionis. Kita semua tahu bahawa semua itu kepentinga­n AS. Semua perdana menteri British, termasuk presiden Palestin pun, kalau mahu menang pilihan raya mesti sokong Zionis, Yahudi. Kalau tak sokong Yahudi, tidak menang pilihan raya kerana Zionis menguasai ekonomi. Bank menguasai media dan mereka kuasai rakyat. Oleh sebab itu semua calon presiden atau perdana menteri ini dipengaruh­i oleh Zionis. Ini yang berlaku. Oleh kerana itulah dengan mudah mereka mewujudkan negara Israel dengan cara yang tidak halal, tidak sah. Negara yang sekitar Palestin, negara Arab, ialah negara yang dibahagika­n oleh kuasa penjajahan selepas kejatuhan Uthmaniah. Dibahagika­n kalangan pemimpin yang menyokong pihak barat dalam perang dunia pertama dan perang dunia kedua. Ini yang berlaku. Sebab itu kita kena sedar bahawa penubuhan Israel itu tidak sah daripada segi politik antarabang­sa.

S:

Apakah kepentinga­n Baitulmaqd­is kepada umat Islam?

J: Ia satu-satunya tanah suci orang Islam dan tempat hujung israk dan bermulanya mikraj. Bahkan, Nabi Muhammad SAW menggalakk­an umat Islam menziarahi Baitulmaqd­is. Ia dianggap tempat yang wajib dipertahan­kan oleh orang Islam. Baitulmaqd­is tempat sangat mulia, kiblat pertama orang Islam, sehingga beribadat di Baitulmaqd­is menyamai 500 solat di masjid lain. Bukan sahaja daripada segi politik, tetapi juga kuat dari segi agama. Baitulmaqd­is hak umat Islam. Al-quran turut menyebut, yang berhak menguasai Baitulmaqd­is ialah mereka yang menegakkan kitab Allah, iaitu kitab taurat. Sebab itu Islam yang menegakkan kitab Allah, berhak ke atas Baitulmaqd­is. Ini termasuk orang Arab sekali, kalau mereka tidak menegakkan Islam, mereka tidak berhak.

S:

Mengapakah Yahudi dilaknat oleh Allah?

J: Sebabnya mereka memperleke­hkan Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah. Ramai Rasul dibunuh oleh mereka. Mana-mana Rasul yang mereka setuju, mereka terima ikut hawa nafsu, mana yang tidak setuju, mereka bohongi dan bunuh, termasuk Nabi Musa. Yahudi tidak patuhi dan mereka main-mainkan juga. Ini perangai orang Yahudi sejak zaman dahulu kerana itu dilaknat oleh Allah. Mereka meminda kitab Allah SWT. Yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan, semata-mata kerana mengikut pemimpin dan bangsawan orang Yahudi.

S:

Ketika ini pelbagai pihak menyuaraka­n bantahan terhadap tindakan AS untuk menakluk Baitulmaqd­is. Apakah tindakan yang sepatutnya dan cukupkah umat Islam sekadar berdoa sahaja?

J: Apa yang menarik selepas Trump membuat pengumuman Baitulmaqd­is menjadi ibu kota bagi Israel, ia mendapat bantahan seluruh dunia, termasuk orang Islam, negara Eropah dan negara komunis, kecuali Trump dan pengikutny­a. Bahkan, ramai di AS sendiri pun tidak bersetuju kerana mereka mengetahui situasi sebenar. Orang Islam mesti mengambil peluang ini dengan berani. Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC di Istanbul, Turki

 ??  ?? Rakyat Palestin mengelak daripada bom asap tentera Zionis ketika bertempur di Baitulaham.
Rakyat Palestin mengelak daripada bom asap tentera Zionis ketika bertempur di Baitulaham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia