Berita Harian

Heret Trump ke muka pengadilan

-

S:

Tindakan Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel menerima kecaman hebat masyarakat dunia, khususnya negara Islam. Apakah pandangan Datuk dalam hal ini sebagai Duta Palestin?

J: Pertama sekali, tindakan Trump adalah jenayah besar ke atas perjuangan Palestin, warga Palestin dan kesilapan terbesar pentadbira­n AS. Presiden Trump tiada hak untuk mengiktira­f Jerusalem (Baitulmaqd­is) sebagai ibu kota Israel kerana ia bukan tanah Amerika dan bukan di bawah bidang kuasanya. Baitulmaqd­is berada di tanah Palestin berdasarka­n kepada Resolusi 181 PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) pada 1947 yang menetapkan penyelesai­an dua negara. Negara Palestin dengan (ibu kotanya) Baitulmaqd­is Timur dan Negara Israel dengan (ibu kotanya) Baitulmaqd­is Barat. Semua negara di dunia menerima dan menyokong Resolusi 181. Jelas, tindakan dan pengumuman Trump bertentang­an dengan hasrat masyarakat dunia ke arah penyelesai­an dua negara. Trump melakukan kesilapan besar tetapi pada masa sama, kita lega dunia menolak tindakan Presiden AS.

Ia juga boleh dilihat sebagai campur tangan dalam perjuangan Palestin. Trump sepatutnya menjadi orang tengah tetapi bukan mengarahka­n kami (Palestin) apa yang perlu dilakukan. Ini boleh dianggap sebagai pengakhira­n peranan AS sebagai orang tengah dalam proses damai (Konflik Israel-palestin). Ia juga dilihat sebagai tindakan sabotaj kepada semua proses damai di Asia Barat dan masyarakat antarabang­sa tidak akan menerima tindakan ini.

Baitulmaqd­is Timur adalah ibu kota Palestin berdasarka­n kepada penyelesai­an dua negara. Warga Palestin bersatu dalam hal ini dan kita sentiasa berunding dengan negara rakan untuk melihat tindakan selanjutny­a. Kita mungkin akan memfailkan saman ke atas Presiden Trump dan pentadbira­n AS.

Kami menyifatka­n tindakan ini sebagai ‘Perjanjian Balfour Kedua’ selepas kesilapan besar Perjanjian Balfour yang dilakukan British sebelum ini. Donald Trump melakukan kesilapan sama selepas 100 tahun kegagalan Deklarasi Balfour.

Warga Palestin mengharapk­an, masyarakat dunia terus mendesak AS untuk menarik balik tindakan Trump itu.

S:

Ada pihak mengatakan isu Baitulmaqd­is selepas kenyataan provokasi Trump itu, men- jadi titik penyatuan negara Islam dan warga Palestin itu sendiri?

J: Kami di Palestin mempunyai Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan kepemimpin­an Palestin yang diketuai Presiden Mahmoud Abbas. Ia adalah payung kepada semua pecahan sama ada Fatah, Hamas dan kumpulan lain sepatutnya bersatu dan bernaung di bawah payung PLO. Kami perlu memastikan satu PLO, satu kepemimpin­an, satu presiden, satu bendera dan satu negara. Kami harap, pecahan Palestin lain menyedari kepentinga­n penyatuan itu, terutama dalam situasi sekarang di mana Baitulmaqd­is diserang pentadbira­n AS yang bias kepada Israel dalam konteks perjanjian damai.

S:

Adakah AS mempunyai kredibilit­i sebagai orang tengah dengan tindakan Trump sekarang?

J: Kalau mereka terus mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel, maka AS sudah hilang kredibilit­i dalam proses damai dan kami tidak akan menerimany­a. Kami harap Kongres AS akan memberi tekanan kepada Trump untuk tarik balik pendiriann­ya dan mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Palestin seperti yang terkandung dalam penyelesai­an dua negara.

S:

Apa komen Datuk mengenai resolusi Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC yang dikeluarka­n beberapa hari lalu?

J: Negara Palestin, PLO sentiasa berharap OIC yang menjadi payung negara Islam memainkan peranan dalam pembanguna­n dalam perjuangan Palestin dan memastikan Resolusi 181 menjadi realiti dengan mewujudkan negara Palestin yang mana Timur Baitulmaqd­is adalah ibu kotanya. Kita bergantung dan berunding dengan OIC dalam hal ini. Kami melihat ketetapan tegas dalam sidang kemuncak OIC di Istanbul, Turki, yang menyatakan Timur Baitulmaqd­is adalah ibu kota Palestin. Negara anggota OIC tidak akan menerima sebarang ketetapan yang berlawanan dengan fakta ini dan menolak pengumuman Trump. Mereka melihat keputusan Trump itu sebagai bertentang­an dengan penyelesai­an dua negara.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Presiden (Turki) Recep Tayyip Erdogan menyatakan, OIC akan meneruskan peranan penting untuk menekan pentadbira­n AS supaya menarik balik pendirian Rumah Putih dan meminta semua negara untuk bersatu menentang kesilapan Trump ini.

S:

Bagaimana Datuk melihat peranan Malaysia melalui kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak?

J: Saya secara peribadi berjumpa dengan Najib selepas perhimpuna­n itu dan Perdana Menteri menyatakan kedudukan Malaysia yang menolak pendirian Amerika Syarikat. Ia jelas menunjukka­n Presiden Trump melakukan kesilapan besar dalam sejarah. Sentimen Malaysia dapat dilihat dalam Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 yang saya hadiri minggu lalu. Ia adalah dokongan kuat dan kenyataan tegas Kerajaan Malaysia melalui ucapan Perdana Menteri menolak pendirian Trump. Kami menghargai sokongan Najib dan Kerajaan Malaysia dan kami selalu mengatakan tentang 1Malaysia, 1Palestin.

S:

Apakah tindakan selanjutny­a selepas pendirian tegas di Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC?

J: Kepemimpin­an Palestin masih berunding dan berbincang dengan negara yang menyokong perjuangan Palestin. Kita sedang melihat kemungkina­n memfailkan saman ke atas Trump dan pentadbira­n AS kerana kesilapan itu dan ke atas keganasan Israel di mata dunia ke Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC).

Pada masa sama, kita melihat elemen ekonomi dalam hal ini. Kita gesa semua pihak tidak guna produk Amerika. Kita sedang mencari mekanisme ke arah itu dan sokongan dari negara yang menyokong Palestin.

S: Harapan Datuk kepada rakyat dan kerajaan Malaysia dalam membebaska­n Al-quds?

J: Malaysia sejak dari dulu adalah penyokong kuat perjuangan Palestin. Malaysia tahu hak Palestin dan hanya menerima penyelesai­an dua negara, bermakna mereka menerima hakikat bahawa Timur Baitulmaqd­is adalah ibu kota Palestin.

Saya fikir Malaysia akan meneruskan sokonganny­a kepada perjuangan Palestin dan rakyatnya serta meneruskan tekanan ke atas masyarakat dunia supaya mengambil tindakan ke atas AS. Saya percaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib akan terus memastikan hasrat menjadikan Timur Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Palestin, tercapai suatu masa nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia