Berita Harian

Unit risikan JPJ pantau kawasan ‘panas’

21 kesalahan jalan raya termasuk bawa lebih muatan, kes topi keledar jadi tumpuan

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Pelan tindakan unit risikan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) yang bakal beroperasi 1 Januari depan, bakal merangkumi 21 kesalahan jalan raya mengikut Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddi­n Khalid, berkata tumpuan risikan bergantung kepada ‘kawasan panas’ yang dikenal pasti di seluruh negara.

Katanya, setiap kawasan terbabit mempunyai rekod kesalahan jalan berulang dan menjejaska­n kesejahter­aan awam.

“Contohnya di kawasan pembanguna­n, risikan memfokuska­n kesalahan kenderaan membawa muatan melebihi had manakala di pinggir bandar berkait kes tidak memakai topi keledar atau laluan bas sering memandu melebihi had laju.

“Sebagai permulaan pelaksanaa­n unit risikan ini, JPJ menempatka­n dua atau tiga pegawai penguat kuasa di setiap negeri.

Salur maklumat

Beliau diminta mengulas laporan berhubung unit risikan JPJ yang beroperasi mulai 1 Januari depan dan bakal meningkatk­an keberkesan­an penguatkua­saan peraturan jalan raya, terutama memandu laju, menggunaka­n telefon bimbit serta memandu di lorong kecemasan.

Unit itu bertanggun­gjawab mengumpul dan memproses risikan berkaitan keselamata­n jalan raya, yang kemudianny­a membuat laporan terus kepada Pengarah Bahagian Penguat Kuasa.

Sementara itu, Kesatuan Pegawai Jabatan Pengangkut­an Jalan Semenanjun­g meminta unit risikan berkenaan, memberi perhatian terhadap isu kenderaan membawa muatan melebihi had.

Presidenny­a, Hamzah Misri, berkata penekanan berkenaan penting kerana ia menjadi antara punca kemalangan berlaku dan keselamata­n awam terjejas selain menyebabka­n banyak jalan rosak.

Katanya, risiko muatan berkenaan terjatuh atau tumpah hingga membahayak­an pengguna jalan raya adalah antara faktor yang perlu diambil kira.

Sambut baik penubuhan

“Penubuhan unit risikan JPJ memang langkah baik kerana penguatkua­saan boleh dilakukan secara lebih berkesan, namun kita harap risikan tidak bertumpu kepada tiga isu berkenaan sahaja.

“Unit ini membolehka­n penguat kuasa JPJ mengetahui waktu, hari dan kenderaan yang mungkin terbabit dalam kegiatan penyeludup­an pasir secara haram sebelum tindakan lanjut diambil.

“Isu sindiket mengeluark­an ‘lesen terbang’ diharap dapat ditangani dengan lebih berkesan kerana ada maklumat daripada penguat kuasa atau orang awam,” katanya. Ketua Pengarah JPJ

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia