Berita Harian

Penyertaan bukan Melayu dalam ATM masih rendah

-

Port Dickson: Penyertaan kaum lain dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih rendah berikutan setiap pengambila­n kadet baharu, kira-kira 10 peratus yang menyertai pasukan itu.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, memberi contoh dalam majlis tamat latihan semalam, daripada seramai 201 pegawai kadet yang berjaya menamatkan latihan, 177 adalah Melayu.

Pegawai kadet mengikut kaum masing-masing empat Cina dan India, Iban (tiga), Bajau (tiga), Kadazan (dua), Bugis (dua) dan lain-lain kaum enam orang.

“Penyertaan kaum Cina dan India masih terlalu rendah jika dibandingk­an dengan Melayu.

Galak penyertaan kaum lain

“ATM sentiasa membuka ruang dan mengalu-alukan kaum lain menyertai pasukan ini, dalam usaha menjaga kedaulatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Perbarisan Tamat Latihan Dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Graduan ATM di Akademi Tentera Darat di sini, semalam.

Yang turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim; Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamaruzama­n Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Seramai 106 pegawai kadet Tentera Darat (TD), 44 pegawai kadet Tentera Laut TLDM dan 51 pegawai kadet TUDM ditauliahk­an dengan pangkat Leftenan Muda, selepas tamat latihan sembilan bulan di pusat latihan masing-masing sejak Mac lalu.

Mengulas lanjut, Raja Mohamed Affandi berharap supaya lebih ramai kaum lain menyertai pasukan itu pada masa akan datang.

“Golongan muda harus mempunyai rasa tanggungja­wab untuk menjaga keamanan dan harus berani berkorban untuk negara,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA/BH] ?? Raja Mohamed Affandi bersalam dengan Pegawai Kadet Graduan Terbaik Tentera Darat, Pegawai Rendah Kanan Muhammad Zakariya Shafii di Port Dickson, semalam.
[FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA/BH] Raja Mohamed Affandi bersalam dengan Pegawai Kadet Graduan Terbaik Tentera Darat, Pegawai Rendah Kanan Muhammad Zakariya Shafii di Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia