Berita Harian

Jenazah isteri KPN selamat dikebumi

-

Ipoh: Jenazah isteri Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Puan Sri Azizah Hamdi, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Rapat Jaya, di sini, semalam.

Jenazah Allahyarha­m dikebumika­n jam 10.30 pagi berhampira­n pusara anak lelaki tunggal, Mohd Faiz, yang meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu

Talkin dibacakan Pegawai Turus Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ghazali Daud.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Kampung Melayu, Sungai Rapat.

Kira-kira 1,000 ahli keluarga dan saudara-mara serta pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di kampung halaman Allahyarha­m di Jalan Rapat Jaya, di sini dan kawasan tanah perkuburan berkenaan, bagi memberi penghormat­an terakhir.

Allahyarha­m Pengerusi PERKEP

Antara yang hadir adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Selain itu, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman (START), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi; Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan.

Azizah, yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, menghembus­kan nafas terakhir pada usia 58 tahun akibat sakit barah, jam 7.02 malam kelmarin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

KPN ucap terima kasih

Sementara itu, Mohamad Fuzi dalam satu kenyataan menzahirka­n penghargaa­n kepada seluruh warga PDRM dan pihak yang membantu melancarka­n proses pengebumia­n jenazah isterinya.

“Alhamdulil­lah, segala urusan pengebumia­n Allahyarha­m dipermudah­kan oleh Allah SWT.

“Setinggi terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimka­n ucapan belasungka­wa dan bersama di saat kami kehilangan orang tersayang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia