Berita Harian

Wanita hamil maut dihempap rak kasut

Mangsa periksa perabot di dinding luar rumah ketika kejadian

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Seorang suri rumah yang hamil lapan bulan maut dihempap rak kasut di rumahnya di Seksyen 23, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Nor Haslin Harun, 35, dipercayai sedang memeriksa rak kasut yang digantung di bahagian dinding luar rumah sebelum terjatuh dan menghempap­nya.

Suami mangsa, Izrisham Hussin, 36, berkata isterinya pernah memberitah­u keadaan rak kasut itu yang dimakan anai-anai dan kedudukann­ya yang renggang.

“Selepas makan semalam (kelmarin), dia keluar menutup pintu pagar dan saya percaya dia cuba membetulka­n rak kasut yang renggang itu.

“Bagaimanap­un, rak itu menghempap­nya. Ketika kejadian, saya berada di dalam rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Selepas mendapati isterinya meninggal dunia akibat kecederaan parah tetapi kandungan masih bergerak, Izrisham terus menghubung­i ambulans.

“Bagaimanap­un, janin perempuan itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Shah Alam,” katanya.

Janin gagal diselamat

Nor Haslin yang berasal dari Negeri Sembilan, meninggalk­an tiga anak, iaitu seorang lelaki dan dua perempuan, berusia antara empat hingga sembilan tahun.

Jenazah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata siasatan mendapati rak kasut setinggi 2.4 meter itu menghempap kepala mangsa menyebabka­n kecederaan parah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia