Berita Harian

Remaja lemas cuba bantu adik

-

Kuantan: Seorang remaja kurang upaya (OKU) lemas ketika cuba menyelamat­kan adiknya yang juga seorang OKU di Lata Lembik, Ulu Sungai Cheroh, Raub dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Raub, Superinten­dan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata Nor Dyana Abd Malek, 17, dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu pada jam 4.50 petang kelmarin, selepas gagal mengawal dirinya kerana keadaan yang licin.

Mangsa yang baharu selesai menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia difahamkan mahu menyelamat­kan adiknya Siti Normala, 15, tergelinci­r ketika berkelah di kawasan rekreasi itu.

Disyaki tersangkut

“Mangsa disyaki tersangkut di bawah batu dan sehingga jam 7 malam semalam (kelmarin), pasukan bomba dengan bantuan orang kampung termasuk Orang Asli cuba mengeluark­an mayat mangsa namun gagal kerana arus air yang deras.

“Operasi bersambung semula 8 pagi tadi (semalam). Mayat mangsa berjaya dibawa naik pada 11.15 pagi dan dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat,” katanya semasa dihubungi di sini.

Wan Mohd Zahari berkata, adik mangsa selamat dalam kejadian itu.

Beliau menambah, mangsa yang beralamat di Jalan Bukit Seladang, Bera itu menziarahi abangnya di Kampung Batu Malim, Raub pada Khamis lalu.

Dia bersama 13 anggota keluargany­a kemudian pergi berkelah di Lata Lembik pada 3.20 petang kelmarin.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ??
[FOTO IHSAN PEMBACA]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia