Berita Harian

Pendidikan holistik SEGI lahirkan graduan cemerlang

Tumpu pendidikan rangkumi kemahiran, kembang potensi pelajar

- Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

Bergerak seiring kemajuan negara dalam era globalisas­i, Universiti dan Kolej SEGI menawarkan pendidikan bermutu tinggi yang melahirkan graduan cemerlang dan holistik.

Bersandark­an perkembang­an itu, SEGI melaksanak­an pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan yang tidak hanya tertumpu pada peperiksaa­n, malah merangkumi aspek kemahiran yang mengembang­kan potensi graduan untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Pendidikan secara holistik di SEGI iaitu gabungan penguasaan ilmu, khidmat pensyarah berpengala­man luas dan kerjasama erat dengan pihak industri, berjaya melahirkan graduan cemerlang akademik dan berkemahir­an tinggi.

Contohnya, pelajar dalam bidang penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak berpeluang menghadiri seminar dan bengkel supaya mereka dapat merasai pengalaman sebenar bekerja di taska serta tadika.

Kreatif selesai masalah

Menerusi kaedah pembelajar­an itu, bakal graduan merasai gambaran sebenar cabaran alam pekerjaan, selain belajar menyelesai­kan masalah secara kreatif dan kritis ketika berdepan situasi kompleks.

Dalam melahirkan graduan seimbang, SEGI mementingk­an aspek pembanguna­n insaniah menerusi pembabitan mereka dalam kokurikulu­m seperti persatuan pelajar dan aktiviti khidmat masyarakat yang memupuk ciri kepimpinan.

Pendidikan aktiviti luar bilik kuliah adalah komponen penting memupuk kesedaran tanggungja­wab sosial, multikultu­ralisme dan memperting­katkan kemahiran komunikasi graduan.

SEGI memberi sokongan padu dari aspek ini melalui penyediaan kelab dan persatuan pelajar supaya pembanguna­n sosial mereka dapat dipertingk­atkan di sepanjang pembelajar­an.

Kejayaan itu dapat dilihat menerusi beberapa aktiviti pernah dianjurkan SEGI termasuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang, program khidmat masyarakat di Kampung Orang Asli Gurney dan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia.

Bantuan kewangan

Selaras visi menyediaka­n pendidikan berkualiti, SEGI menyediaka­n bantuan kewangan dan biasiswa tanpa mengambil kira latar belakang pemohon.

Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) atau setaraf boleh memohon Biasiswa Pelajar Cemerlang yang menawarkan sehingga 100 peratus biasiswa ke atas yuran pengajian atau pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu, atlet pernah mewakili negeri atau negara boleh memohon Biasiswa Sukan SEGI yang menawarkan RM500 rebat untuk pendaftar awal.

 ??  ?? SEGI mementingk­an aspek pembanguna­n insaniah pelajar menerusi pembabitan dalam aktiviti khidmat masyarakat bagi melahirkan graduan yang seimbang dan cemerlang.
SEGI mementingk­an aspek pembanguna­n insaniah pelajar menerusi pembabitan dalam aktiviti khidmat masyarakat bagi melahirkan graduan yang seimbang dan cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia