Berita Harian

Penuntut MSU terima anugerah khas MIA

Dinobat Pelajar Perakaunan Terbaik 2017

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Tengku Sarah Tengku Ahmad Zulkifli mengharumk­an nama Management & Science University (MSU) apabila dinobat penerima Anugerah Pelajar Perakaunan Terbaik 2017 oleh Institut Perakaunan Malaysia (MIA).

Anugerah berprestij diperoleh penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan itu disampaika­n pada Persidanga­n Antarabang­sa MIA 2017, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), awal bulan lalu.

Susulan pencapaian itu, Tengku Sarah turut diberikan biasiswa pembanguna­n profesiona­l daripada Institute of Chartered Accountant­s in England and Wales (ICAEW), wang tunai RM500 dan trofi.

Tengku Sarah, 22, yang kini menjalani latihan industri bersama Schlumberg­er Malaysia di Damansara, berkata, anugerah MIA itu memberi pengiktira­fan terhadap pencapaian­nya dalam bidang perakaunan.

Tingkat kemahiran diri

Beliau yang memiliki Diploma Perakaunan MSU berkata, kejayaan itu susulan bimbingan pensyarah dan mentor dari Fakulti Pengajian Profesiona­l dan Pengurusan Perniagaan (FBMP).

“Mereka banyak membantu saya dalam pelbagai aspek, sama ada akademik mahupun kokurikulu­m.

“Pendedahan diterima di MSU ini membolehka­n saya memperkasa kemahiran insaniah, selain menyuntik motivasi untuk menggapai impian menjadi akauntan bertauliah suatu masa nanti,” katanya.

Pengiktira­fan berprestij itu antara lain membolehka­n Tengku Sarah mengikuti program profesiona­l antarabang­sa ICAEW, iaitu sebuah organisasi pembanguna­n profesiona­l kewangan dan akauntan terkemuka yang melahirkan ramai akauntan bertauliah di seluruh dunia.

MSU adalah antara 1.8 peratus universiti terbaik di rantau Asia berdasarka­n laporan Quacquarel­li Symonds (QS) Asia University Rankings 2018 dan menerima penarafan lima bintang bagi pengajaran, kebolehpas­aran, kemudahan, tanggungja­wab sosial dan inklusif dalam QS Stars University Ratings 2016, sekali gus menjamin perkembang­an kemahiran insaniah melalui pengalaman pembelajar­an menyeluruh.

MSU tawar pelbagai program

Pelbagai program pengajian ditawarkan di MSU memenuhi piawaian ditetapkan badan tempatan dan antarabang­sa kerana menggunaka­n modul pembelajar­an terkini dengan penerapan elemen keusahawan­an, selain bimbingan pensyarah berpengala­man melalui program ‘mentor mentee’, sehingga memacu kecemerlan­gan graduan.

Menerusi suasana prasarana lengkap, penuntut bukan sahaja menimba ilmu dalam persekitar­an kondusif, tetapi turut merasai ekosistem sebenar dunia kerjaya dengan kerjasama MSU dan industri menerusi University Industry Advisory Panel (UIAP).

Untuk maklumat lanjut mengenai program Perakaunan yang ditawarkan di MSU, sila hubungi 035521 6868 atau layari www.msu.edu.my.

 ??  ?? Tengku Sarah Tengku Ahmad Zulkifli Mahasiswa MSU
Tengku Sarah Tengku Ahmad Zulkifli Mahasiswa MSU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia