Berita Harian

Sekolah Sri Bestari guna DLP

Murid diajar Sains, Matematik dalam pengantar bahasa Inggeris

- Oleh Fazrik Kamarudin

Kepentinga­n bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sudah banyak diperkatak­an, malah bahasa Melayu (BM) mampu menjadi bahasa yang menyatupad­ukan penduduk berbilang bangsa di negara kita.

Banyak perkataan dan istilah bahasa Melayu juga sudah diserap ke dalam bahasa ibunda masing-ma- sing apabila berkomunik­asi, sekali gus jelas melambangk­an bahasa Melayu secara tidak langsung sudah menjadi bahasa 1Malaysia.

Kita harus menerima hakikat bahasa ibunda setiap kaum di Malaysia penting bagi memastikan budaya masing-masing tidak lenyap ditelan zaman dan arus pemodenan.

Bagaimanap­un, kepentinga­n menguasai bahasa Melayu oleh anak kita dan remaja secara umumnya perlu diberikan penekanan.

Perlu capai standard baik

Sistem pendidikan di negara ini menegaskan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar membabitka­n semua sistem dan jenis sekolah yang dipilih serta menjadi tanggungja­wab pendidik mengesyork­an bahasa 1Malaysia ini tetap diberi keutamaan di sekolah.

Malah, bagi mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon perlu lulus enam mata pelajaran, termasuk Bahasa Melayu.

Di Sekolah Sri Bestari, sama seperti sekolah lain, pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dikendalik­an dalam bahasa Inggeris (BI) menerusi program dwibahasa (DLP).

Sekolah yang dibenarkan mengendali­kan DLP perlu mencapai tahap standard bahasa Melayu yang baik sebelum diberi kelulusan menjalanka­n DLP.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Penguasaan dwibahasa perlu diberikan penekanan.
Penguasaan dwibahasa perlu diberikan penekanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia