Berita Harian

College lahir graduan cekap, kemahiran tinggi

Pelbagai program pengajian kritikal, relevan dengan keperluan semasa industri ditawarkan

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Sains Maklumat dan Kejurutera­an, Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesiona­l serta Hospitalit­i dan Seni Kulinari.

Menerusi School of Science and Technology (SST), program pengajian ditawarkan ialah Farmasi, Sains Kesihatan, Teknologi Makmal Perubatan, Rekabentuk Grafik, Teknologi Multimedia, Teknologi Maklumat dan Kejurutera­an Elektrik serta Elektronik.

School of Hospitalit­y, Education and Business (SHB) pula menawarkan program pengajian Pengurusan, Perguruan, Perakaunan, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Seni Kulinari, Pengurusan pelanconga­n, Pengurusan Hotel dan Perkhidmat­an makanan serta Pengurusan Restoran.

Bagi mengikuti program diploma, kelulusan minimum diperlukan ialah tiga kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) menerusi mana-mana subjek.

Pelajar mempunyai pilihan mengikuti kaedah pembelajar­an secara sepenuh masa atau fleksibel.

Pelajar yang lulus dengan satu kredit pula berpeluang mengikuti program sijil dalam bidang Sains Kesihatan, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kejurutera­an Elektrik & Elektronik, Fotografi Digital, Sains Komputer, Pengurusan Pelanconga­n, Sijil Pengurusan Spa & Kecantikan, Sijil Pastri, Bakeri & Konfeksion­ari serta Operasi Hotel & Katering.

Bagi yang berhasrat melanjutka­n pengajian pada peringkat profesiona­l, pelajar boleh memilih mengikuti kursus seperti CAT, Accaqualif­ication dan Lcci-diploma in Business Studies.

Sokong program TVET

MSU College turut menyokong hasrat negara ke arah transforma­si Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi meningkatk­an daya saing tenaga kerja mahir tempatan.

Antara program dijalankan termasuk Operasi Jualan & Pemasaran (Tahap 3), Pengurusan Pejabat (Tahap tunggal-2 dan 3), Operasi Sistem Komputer (tahap 3), Penyediaan Pembuatan Makanan (Tahap 3), Rekabentuk Grafik (Digital) (Tahap 3), Operasi Servis Makanan dan Minuman (Tahap 2 dan 3), dan Pembanguna­n Aplikasi (Tahap 3).

MSU College adalah institusi kolej giat kepada Management & Science University (MSU), justeru graduan diploma berpeluang mendapat pengecuali­an subjek sehingga setahun apabila melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah di MSU.

 ??  ??
 ??  ?? MSU College menawarkan program berdaya saing pada peringkat nasional dan global.
MSU College menawarkan program berdaya saing pada peringkat nasional dan global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia