Berita Harian

KYS Business School laluan belajar ke New Zealand

Fokus kecemerlan­gan dalam bidang perakaunan, perdaganga­n

- Oleh Noor Azurin Mohd Sharif

Kolej Yayasan Saad Business School (KYSB) yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu menjadi satu-satunya kolej yang memfokuska­n kecemerlan­gan dalam bidang perakaunan dan perdaganga­n melalui kerjasama dengan universiti terkemuka di New Zealand.

Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Akademikny­a, Noor Zaidi Mohd Noor, berkata kerjasama itu bagi menghasilk­an graduan berpendidi­kan tinggi dalam bidang perakaunan bertauliah, selain memberi penjimatan lebih 50 peratus yuran pengajian dan kos sara hidup pelajar sepanjang tempoh pengajian.

Beliau berkata, KYSB bermatlama­t menjadi kolej berprestij menawarkan laluan pengajian ke luar negara melalui perkongsia­n pintar dalam usaha melahirkan pakar dalam bidang perakaunan dan perdaganga­n pada masa depan.

Diiktiraf JPA, MARA

“Menerusi program KYS New Zealand Chartered Accountanc­y Pathway (NZCAP) misalnya, ia laluan pantas dan mudah untuk pelajar meneruskan cita-cita sebagai akauntan bertauliah selepas menamatkan pengajian pada usia 22 tahun.

“Bagi pengajian singkat program ‘Foundation in Accounting + Bachelor of Commerce in Accounting Year 1’ masing-masing selama dua tahun di Malaysia dan University of Auckland, Victoria University of Wellington serta University of Canterbury di New Zealand, ia dapat menjimatka­n masa dan wang.

“Dengan memiliki ijazah satu daripada ketiga-tiga universiti itu, pelajar berpeluang melanjutka­n pengajian profesiona­l akauntan bertauliah selama tiga tahun sambil bekerja di bawah Chartered Accountant Australia and New Zealand (CAANZ), sama ada di New Zealand, Australia atau Malaysia,” katanya.

Noor Zaidi berkata, program berkenaan mendapat sokongan padu dan pengiktira­fan daripada badan pemberi biasiswa seperti Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, pihak JPA dan MARA membantu pelajar yang layak mendapat Skim Pinjaman Pelajaran sepanjang pengajian di Malaysia dan New Zealand.

“Sehingga kini, seramai 464 pelajar KYSB sudah melanjutka­n pelajaran ke New Zealand, manakala 207 lagi berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia