Berita Harian

Bersantai di lereng bukit

-

Kebun teh yang terbentang luas umpama permaidani beralun sudah lama sebati dengan pesona Cameron Highlands. Suhu nyaman, terutama pada waktu awal pagi atau selepas hujan menjadikan suasana di tanah tinggi ini kelihatan berkabus.

Ada kala apabila anda bercakap dalam suhu yang terlalu dingin, mulut pun keluar ‘asap’! Sehingga hari ini, ladang teh di sini menjadi produk menggamit kehadiran pelancong.

Menjadi kelaziman melihat pengunjung atau pelancong asing menelusuri jalan sempit menuju ke Tea Centre Sungei Palas semata-mata untuk bergambar atau berjalanja­lan di sekitar kebun yang terletak di lereng bukit. Namun, mereka perlu memandu dalam keadaan jalan berliku dan berdepan banyak selekoh tajam, ada kala anda perlu membunyika­n hon supaya tidak bertembung kenderaan yang datang dari arah bertentang­an.

Pun begitu, perjalanan penulis bersama jurugambar ke Tea Centre Sungei Palas menjadi lebih selesa, lancar dan selamat apabila diberi peluang memandu uji trak pikap, Ford

Ranger baharu 2.2L FX4, automatik enam kelajuan.

Pacuan empat roda ini bukan saja lasak, malah mampu mengurangk­an risiko kemalangan, membelok dengan penuh yakin dan memberi lebih kuasa pecutan apabila mendaki tebing tinggi.

Tumpuan pelancong seluruh dunia

Model baharu ini direka khas untuk pemanduan bagi semua keadaan jalan, tidak terhad kepada tujuan komersial saja, sebaliknya semakin popular sebagai kegunaan ketika melancong atau mengembara.

Ketika memandu di lereng kebun teh, penulis berasakan suasananya seperti berada di New Zealand yang terkenal dengan kehijauan ladang ternakan, tapi hakikatnya kita berpijak di bumi nyata, inilah Cameron Highlands yang menjadi tarikan pelancong dari segenap pelosok dunia.

Pengunjung pasti teruja menikmati pemandanga­n mempesona sambil menghirup teh Boh panas dan berdiri di anjung menikmati suasana yang mengasyikk­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia