Berita Harian

Percutian mewah jana tabung amal

Yayasan kebajikan anjur program mengembara sambil menderma

- Susunan

Bzubir_yunus@bh.com.my

agi pelancong atau pengembara yang berkemampu­an dan rela membelanja­kan banyak wang untuk musim cuti perayaan Hari Natal yang akan datang ini, mereka bolehlah mengelilin­gi dunia dalam tempoh 18 hari dan menginap di 10 hotel mewah.

Percutian mewah berkenaan menawarkan harga bermula £45,000 (RM237,000) bagi menikmati pakej percutian ini! Percutian ini akan memulakan pengembara­an di London, United Kingdom (UK) dan berakhir di Prague di Republik Czech mulai 20 Disember ini.

Setiap pakej yang diambil, pengembara akan menyumbang £1,000 (RM5,269) akan disalurkan kepada tabung amal The Prince of Wales’s Charitable Foundation yang diasaskan pada 1979. Jadual perjalanan penuh bagi mengikuti pakej percutian mewah ini adalah seperti berikut:

London ke New York - penginapan dua malam di Hotel Plaza, New York, Amerika Syarikat (AS)

New York ke Los Angeles - penginapan dua malam di Mission Inn Riverside, California (AS)

Los Angeles ke Phoenix - penginapan dua malam di Fairmont Scottsdale Princess, Arizona (AS)

Phoenix ke Dallas - penginapan dua malam di Hotel Crescent Court, Texas (AS)

Dallas ke Jacksonvil­le - penginapan dua malam di The Ritz Carlton, Pulau Amelia Island, Florida (AS)

Jacksonvil­le ke Cayman - penginapan tiga malam di The Ritz Grand Cayman, Kepulauan Cayman

Cayman ke London - penginapan dua malam di The Claridge’s, London (UK)

London ke Paris - penginapan satu malam di Hotel George V, Paris (Perancis)

Paris ke Zurich - penginapan satu malam di

The Dolder Grand, Zurich (utara Switzerlan­d)

Zurich to Prague - penginapan satu malam di The Josef, Prague (Republik Czech)

Prague kembali ke London

 ??  ??
 ??  ?? The Ritz-carlton, Pulau Amelia, Florida.
The Ritz-carlton, Pulau Amelia, Florida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia