Berita Harian

Jepun belanja RM187 bilion perkukuh pertahanan

-

Tokyo: Jepun memperuntu­kkan AS$46 bilion (RM187.6 bilion) untuk menguatkan pertahanan peluru berpanduny­a bagi menghadapi ancaman Korea Utara.

Menurut akhbar Nikkei, peruntukan 5.19 trilion yen untuk tahun fiskal bermula April 2018 itu meningkat berbanding 5.12 trilion yen yang diperuntuk­kan untuk pertahanan bagi tahun semasa.

Sebahagian besar peruntukan itu akan digunakan untuk meningkatk­an aspek keselamata­n negara Matahari Terbit, khusus bagi melindungi­nya daripada ancaman program pembanguna­n peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.

Pembiayaan selebihnya adalah untuk membiayai pembanguna­n sistem pangkalan pemintas peluru berpandu darat Amerika Syarikat (AS), Aegis Ashore, di sini.

Rancang beli peluru berpandu jarak jauh

Minggu lalu, Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera, berkata Jepun merancang untuk membeli peluru berpandu jarak jauh yang mencapai jarak kirakira 900 kilometer daripada firma AS.

Langkah ini dianggap kontrovers­i ketika perlembaga­an Jepun melarang penggunaan kuasa sebagai jalan menyelesai­kan pertikaian antarabang­sa.

Komuniti global makin ghairah melihat peningkata­n mendadak Korea Utara, tahun ini manakala Washington menggesa anggota Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) memutuskan perhubunga­n dengan Pyongyang sebagai satu hukuman ke atas rejim berkenaan.

Namun, misi itu belum memberi hasil ketika usaha memujuk sekutu Korea Utara iaitu Russia dan China untuk meminggirk­an rejim itu menemui jalan buntu setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia