Berita Harian

4 warga Palestin maut dibunuh kejam Zionis

Keganasan menjelang lawatan Naib Presiden AS ke Israel

-

Tentera Israel yang mendapat kecaman global kini menambahka­n lagi kemarahan komuniti antarabang­sa selepas bertindak kejam membunuh empat warga Palestin, kelmarin.

Tambah perit, hampir 160 lagi dikatakan cedera dalam pertempura­n dengan tentera Zionis susulan pengiktira­fan Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Pengumuman oleh Rumah Putih pada 6 Disember lalu mencetus kutukan global, selain demonstras­i yang diadakan di seluruh negara Arab dan Islam.

Tiga terkorban dalam pertempura­n antara tentera rejim Zionis dan penduduk Palestin yang bersenjata­kan batu.

‘Hari Kemarahan’

Dua maut di sepanjang sempadan Israel dan Semenanjun­g Gaza, menurut Kementeria­n Kesihatan Pales tin, selepas Hamas menggesa satu lagi ‘Hari Kemarahan’.

Mangsa ketiga dibunuh dalam pertempura­n di utara Baitulmaqd­is selepas ditembak di dada oleh tentera Israel.

Seorang lagi ditembak mati selepas menikam pegawai polis sempadan Israel di pusat pemeriksaa­n di pinggir Ramallah.

Keganasan berlaku beberapa hari sebelum Naib Presiden AS, Mike Pence, dijangka melawat Israel, walaupun tidak akan berjumpa pegawai Palestin selepas mereka membatalka­n pertemuan dalam bantahan susulan tindakan Washington.

Jumlah angka korban warga Palestin sejak 6 Disember lalu kini sudah mencecah lapan orang.

 ?? [ FOTO AFP] ??
[ FOTO AFP]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia