Berita Harian

3 maut gempa landa Indonesia

100 bangunan termasuk sebuah hospital alami kerosakan

-

Satu gempa bumi kuat, berukuran 6.5 magnitud melanda Pulau Jawa, lewat malam kelmarin mengakibat­kan sekurangku­rangnya tiga orang terkorban, tujuh lagi cedera manakala ratusan bangunan musnah.

Laporan oleh Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyebut, pusat gempa itu berada pada kedalaman 92 kilometer, kirakira 52 kilometer di barat laut Tasikmalay­a.

Agensi pengurusan bencana nasional Indonesia melaporkan, gempa itu mengaktifk­an sistem amaran awal tsunami di selatan Jawa, sekali gus menyebabka­n beberapa kawasan kediaman di pinggir pantai terpaksa dikosongka­n.

Tiada pergerakan tsunami dikesan

Agensi itu bagaimanap­un tidak mengesan sebarang pergerakan tsunami di semua kawasan terbabit.

Jurucakap agensi, Sutopo Purwo Nugroho, berkata tiga penduduk maut dan tujuh lagi cedera manakala lebih daripada 100 bangunan disahkan mengalami kerosakan termasuk sebuah hospital di Jawa Tengah.

“Seorang lelaki berusia 62 tahun di Ciamis dan seorang wanita, 80, di bandar Pekalongan maut apabila bangunan runtuh manakala seorang wanita berusia 32 tahun dilaporkan terkorban apabila dia terjatuh ketika meninggalk­an rumahnya dalam situasi cemas.

“Beberapa hospital juga musnah dan pesakit terpaksa dipindahka­n ke tempat lebih selamat,” kata Nugroho. ,

Kirakira 70 pesakit diselamatk­an dari Hospital Banyumas dan ditempatka­n sementara di dalam khemah.

 ??  ??
 ?? [ FOTO REUTERS] ?? Pesakit dipindahka­n ke kawasan parkir berhampira­n hospital yang musnah akibat gempa bumi di Banyumas, Jawa Tengah, semalam.
[ FOTO REUTERS] Pesakit dipindahka­n ke kawasan parkir berhampira­n hospital yang musnah akibat gempa bumi di Banyumas, Jawa Tengah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia