Berita Harian

Terapi muzik mampu kurangkan tekanan

-

London: Rawatan tekanan konvension­al seperti psikoterap­i atau perubatan mungkin lebih berkesan terhadap pesakit tertentu apabila doktor menambah dos terapi muzik, menurut satu ulasan penyelidik­an.

Penyelidik meneliti data 421 orang yang menyertai eksperimen ujian jangka pendek membabitka­n terapi muzik sahaja atau ditambah dengan rawatan tekanan konvension­al.

Secara keseluruha­nnya, analisis itu mendapati pesakit kurang tekanan apabila muzik ditambah dalam rawatan mereka, kata analisis di Cochrane Library itu.

Terapi muzik seolah-olah mengurangk­an perasaan cemas dan memperbaik­i fungsi individu tertekan serta selamat seperti rawatan konvension­al.

“Kini kita lebih yakin bahawa terapi muzik memperbaik­i fungsi dan simptom pesakit. Penyelidik­an ini kukuh kerana dilakukan membabitka­n pelbagai keadaan, negara, jenis pesakit dan jenis terapi muzik,” kata penulis kanan kajian dari Universiti Penyelidik­an Kesihatan di Bergen, Norway, Christian Gold.

Pendekatan pasif

Menurut Gold dan pasukan penyelidik­an kajian itu, lebih 300 juta penduduk dunia mengalami tekanan dan ia dijangka menjadi punca utama kekurangan upaya menjelang 2020.

Terapi muzik boleh juga menggunaka­n pendekatan pasif termasuk mendengar, rawatan secara aktif iaitu turut sama memainkan peralatan atau menyanyi, menyertai persembaha­n muzik atau gabungan semua pendekatan ini.

Apa yang membezakan terapi dengan muzik biasa adalah ia diketuai individu yang terlatih dalam bidang kaunseling, psikologi atau rawatan tekanan.

Menurut Gold, walaupun terapi muzik sudah lama digunakan di seluruh dunia, penyelidik masih belum ada gambaran jelas manfaatnya.

Ulasan penyelidik­an terakhir terapi muzik yang diterbitka­n Cochrane pada 2008 tidak menunjukka­n banyak bukti manfaatnya. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia