Berita Harian

Baitulmaqd­is sah milik Islam

Pencabulan Israel semakin rancak disokong AS

- Oleh Sophia Ahmad

̌

Baitulmaqd­is, satu nama cukup sinonim dengan umat Islam sejagat sebenarnya memiliki sejarah amat panjang, bermula dengan kewujudann­ya seawal 5,000 tahun lalu sehingga era moden yang menyaksika­n perebutan antara Palestin dan rejim Zionis Israel.

Bandar itu dianggap tapak suci kepada penganut Islam, Kristian dan Yahudi dan statusnya dianggap isu paling sensitif dalam konflik Israelpale­stin.

Kota yang menempatka­n kiblat pertama umat Islam itu adalah pemangkin kepada penyatuan dan kewujudan Palestin sebelum dirampas Israel sebaik wujud dalam peta dunia pada 1948.

Jika dilihat sejarah awal tapak suci ketiga umat Islam itu, kewujudann­ya bermula sekitar zaman Nabi Daud dan ia masih dihuni hingga hari ini, sekali gus mencatat sejarah sebagai antara penempatan tertua di dunia.

Terletak di kawasan bertanah tinggi, kawasan ini dahulunya dinamakan Al Haram Al Sharif (Temple Mount), kesan kewujudan sebuah kuil Yahudi kuno, Haikal Sulaiman sebelum dirobohkan menerusi penjajahan beberapa empayar berbeza.

Perubahan zaman turut menyaksika­n Al Haram Al Sharif melalui beberapa fasa evolusi terhadap struktur geografi apabila kawasan tanah tinggi itu diratakan pada kurun ke-19 Sebelum Masihi (SM) oleh pemerintah ketika itu, Herod Yang Agung sebelum beliau mengarahka­n pembinaan tembok tinggi bagi mengelilin­gi keseluruha­n kawasan berkenaan, dilihat pada zaman ini.

Pemerintah­an Islam

Nama Al Haram Al Sharif akhirnya terkubur selepas penaklukan Khalifah Umar al-khattab apabila baginda menukar nama itu kepada Al Haram Al Sharif bagi menggambar­kan kedudukann­ya yang mulia selepas kota suci Makkah dan Madinah.

Perubahan nama turut dibuat ke atas kota yang mengelilin­gi tanah suci itu apabila diberi nama Baitulmaqd­is dan kekal menjadi sebuah lokasi bersejarah, sarat dengan kisah suka duka umat Islam, khususnya dari Palestin.

Di dalam kota ini berdirinya Masjid Al-aqsa selaku kiblat pertama umat Islam dan rumah ibadat terpenting sejarah Islam selepas Masjid Nabawi di Madinah serta Masjidilha­ram di Makkah.

Masjid Al-aqsa dalam bahasa Arab bermaksud ‘masjid yang jauh’ , bagi menggambar­kan kedudukann­ya yang berjauhan dari Masjidilha­ram di Makkah manakala dari aspek keagamaan, ia adalah saksi kepada keagungan kuasa Allah SWT menerusi peristiwa Israk dan Mikraj.

Terbahagi Dua

Konflik dan sejarah duka Baitulmaqd­is mula tercipta sebaik perang antara Liga Arab dan Israel atau nama lainnya Perang Kemerdekaa­n Israel tercetus pada 1948.

Siri pertama peperangan antara Israel dan Liga Arab adalah permulaan kepada berlakunya peristiwa ‘Al-nakba’, membawa maksud malapetaka kerana ia menggambar­kan episod duka rakyat Palestin.

Ia tak ubah seperti mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak kerana nasib buruk menimpa Palestin bertambah malang apabila bahagian Barat Baitulmaqd­is jatuh ke tangan rejim Zionis, seterusnya diisytihar sebagai ibu negara dengan nama Tel Aviv walaupun tidak diiktiraf dunia.

Mungkin ramai tidak tahu, Baitulmaqd­is diisytihar sebagai wilayah antarabang­sa oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebaik tamat mandat pemerintah­an kerajaan British dan dibahagika­n secara tidak adil oleh badan dunia itu.

Sebelum ini, penduduk Yahudi ketika zaman pemerintah­an kerajaan Islam diberi hak pemilikan ke atas satu tembok mengelilin­gi Al Haram Al Sharif di bahagian barat, dikenali Tembok Barat dan sekian lama diangkat menjadi tempat suci mereka.

Keadaan itu tidak berterusan dalam pembahagia­n kawasan oleh PBB apabila Yahudi menguasai sebahagian besar Baitulmaqd­is walaupun jumlah penduduk mereka hanya sepertiga, berbanding penduduk Liga Arab yang mewakili jumlah dua pertiga di rantau itu.

 ??  ?? Dalam Kota Lama berdirinya Masjid Al-aqsa selaku kiblat pertama umat Islam dan rumah ibadat terpenting sejarah Islam selepas Masjid Nabawi di Madinah dan Masjilhara­m di Makkah.
Dalam Kota Lama berdirinya Masjid Al-aqsa selaku kiblat pertama umat Islam dan rumah ibadat terpenting sejarah Islam selepas Masjid Nabawi di Madinah dan Masjilhara­m di Makkah.
 ??  ?? Tentera Israel menggunaka­n senjata canggih membunuh dan cederakan warga Palestin yang menentang mereka.
Tentera Israel menggunaka­n senjata canggih membunuh dan cederakan warga Palestin yang menentang mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia