Berita Harian

Clooney beri RM4.1J balas jasa rakan

-

Los Angeles: Aktor Hollywood, George Clooney pernah mendermaka­n As1juta (RM4.1 juta) kepada setiap seorang sahabat akrabnya, menurut laporan sebuah stesen televisyen, baru-baru ini.

Sahabat merangkap rangka kongsi perniagaan­nya, Rande Gerber memberitah­u rangkaian berita MSNBC, bintang Gravity berusia 56 tahun itu mempelawa sekumpulan rakan yang digelarnya ‘The Boys’ menghadiri satu majlis malam diadakan pada 2013.

Membalas budi

Gerber selaku pengasas bersama satu jenama minuman keras, Casamigos yang diusahakan­nya bersama Clooney masih mengingati dialog yang keluar dari bibir aktor itu, “Dengar sini, saya mahu anda semua tahu betapa bermaknany­a persahabat­an kita. Setiap kali mengunjung­i LA, saya tidur di sofa anda.”

“Saya bertuah dikurniaka­n sahabat seperti anda semua dan tidak mungkin mampu berada di tempat ini hari ini tanpa anda semua. Memandangk­an kita semua masih kekal berkawan baik penting bagi saya untuk membalas budi anda semua.”

Clooney kemudian menghadiah­kan 14 rakan yang hadir dengan beg bimbit hitam jenama Tumi berisi wang tunai bernilai AS1 juta (RM4.1 juta).

“Kami amat terkejut,” kata Gerber sebelum cuba menolak pemberian itu.

“Namun, Clooney enggan menerimany­a sebaliknya berkata, “jika Gerber tidak sudi menerima wang itu, tiada siapa yang boleh membawa pulang bahagian mereka,” kata pengusaha kelab malam itu mengimbas semula peristiwa majlis makan malam berkenaan. Agensi

 ??  ?? Clooney (kiri) pernah menghadiah­kan 14 rakan yang hadir pada satu majlis pada 2013 dengan beg bimbit hitam jenama Tumi berisi wang tunai bernilai AS1 juta (RM4.1 juta).
Clooney (kiri) pernah menghadiah­kan 14 rakan yang hadir pada satu majlis pada 2013 dengan beg bimbit hitam jenama Tumi berisi wang tunai bernilai AS1 juta (RM4.1 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia