Berita Harian

Taman Warisan Selangor lokasi rekreasi hujung minggu

Pusat kunjungan pinggiran kota janjikan percutian selesa sekeluarga

- Oleh

Mhalina_mdnoor@bh.com.my

enyusuri Jalan Hulu Yam, Batang Kali ke Genting Highlands cukup menyegarka­n mata dengan pemandanga­n hijau alam semula jadi.

Perjalanan sejauh kirakira 37.3 kilometer bermula di Jalan Hulu Yam-batu Caves menghidang­kan suasana berbeza daripada hiruk-pikuk kota raya. Mungkin ramai yang tidak menyedari Taman Warisan Selangor di situ.

Kawasan pada keluasan 108,300 hektar ini adalah yang ketiga terbesar di Semenanjun­g selepas Taman Negara dan Royal Belum.

Lebih menarik, lokasi ini hanya terletak kira-kira 21 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur dengan jarak pemanduan sekitar sejam.

Jika ingin melarikan diri sebentar daripada kesibukan kota, bawa keluarga menyusuri taman ini yang menyediaka­n pelbagai tarikan alam semula jadi.

Pilih laluan mencabar

Walaupun agak mencabar dengan jalan yang bengkangbe­ngkok khususnya di Jalan Batang Kali, perjalanan membelah Taman Hutan Selangor ini, bagi penulis tetap menyeronok­kan dengan Proton Iriz 1.6 VVT Premium.

Model yang memenangi Anugerah Kereta Kompak Terbaik 2017 itu mampu mendaki kawasan berbukit dengan lancar selain pengendali­an stereng yang ringan membuatkan pemanduan terasa tidak memenatkan.

Untuk menikmati pemanduan lebih mencabar, pengunjung juga boleh menggunaka­n laluan Rawang Hulu Yam.

Laluan ini pasti lebih mengasyikk­an kerana anda berpeluang menikmati keindahan empangan yang juga menjadi tumpuan rekreasi keluarga terutama pada hujung minggu.

Awal pagi lebih nyaman

Pemanduan pada awal pagi pula lebih nyaman, selain pemandu berpeluang menikmati suasana nyaman dengan kabus menyelubun­gi kawasan bukit membuatkan terasa berada di jauh daripada kota.

Taman Warisan Selangor ini penting kerana menyediaka­n bekalan air kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 98 peratus daripada sumber air berasal dari kawasan ini.

Sepanjang jalan itu merentangi beberapa sungai seperti Sungai Kedondong, Batang Kali dan Pinang membentuk aliran air terjun serta sungai berbatu yang menjadi tumpuan pengunjung untuk berkelah bersama keluarga.

Di sepanjang sungai juga terdapat kemudahan penginapan bagi kategori resort dan inap desa atau homestay pada harga berpatutan yang pasti menjanjika­n pengamalan percutian mendamaika­n untuk anda sekeluarga

Anda boleh berhenti berehat atau teruskan perjalanan ke pusat peranginan di tanah tinggi Genting Highlands.

 ??  ?? Menikmati hidangan makan tengahari di salah sebuah restoran dengan pemandanga­n bukit.
Menikmati hidangan makan tengahari di salah sebuah restoran dengan pemandanga­n bukit.
 ??  ?? Pemandanga­n menyegarka­n di Genting Highlands.
Pemandanga­n menyegarka­n di Genting Highlands.
 ??  ?? Air terjun di Jalan Hulu Yam - Batu Caves.
Air terjun di Jalan Hulu Yam - Batu Caves.
 ??  ?? Proton Iriz 1.6 VVT Premium baharu.
Proton Iriz 1.6 VVT Premium baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia