Berita Harian

Percutian hebat pesawat peribadi mewah

Fakta nombor Bagaikan syurga dunia, kecapi lebih keselesaan, dilayan seperti anak raja

- Oleh Hidayah Mohammad

Thid_mohd@bh.com.my

idak boleh digambarka­n seronoknya, andai dapat terbang ke serata dunia dalam kapal terbang peribadi yang serbaserbi mewah.

Berlegar-legar di atas hamparan permaidani tebal dan lembut tanpa kasut dalam ruang laluan yang luas. Badan pula tidak akan rasa sakit apabila melabuhkan tubuh di atas kerusi empuk. Kaki bebas melunjur, tidak kejang kerana tempat duduk tidak sempit dan didatangka­n dengan teknologi moden, malah boleh dibuka untuk dijadikan katil.

Penerbanga­n selama 19 jam di awan biru juga tidak akan membosanka­n kerana anda akan dilayan bagaikan ‘anak raja’. Hidangan enak tersedia di ruang makan eksklusif di bahagian depan pesawat, seakan berada di restoran mewah.

Pengalaman seumpama, ‘syurga dunia’ ini akan anda nikmati jika bercuti di atas kapal terbang peribadi mewah bertaraf dunia, Crystal Skye, milik Hong Kong Genting. Penerbanga­n peribadi kelas pertama ini, menawarkan perkhidmat­an eksklusif untuk mereka yang mengimpika­n percutian menakjubka­n.

Bayangkan, kapal terbang yang biasanya boleh memuatkan seramai 380 penumpang, namun kapal terbang Boeing 777-200LR ini dicipta khas untuk 86 penumpang dan 10 anak kapal berpengala­man.

Tawaran menarik diperkenal­kan selepas mendapat sambutan hebat pada Oktober lalu menerusi percutian ke pulau Tahiti dan Fiji. Crystal Skye bakal melangkah lebih jauh lagi dengan menawarkan pengalaman percutian berkonsep akuatik dan eksotik kepada anda yang mahu meraikan Tahun Baru 2018 dan Tahun Baru Cina, Februari depan.

Kembara destinasi pilihan

Presiden Genting Cruise Lines, Kent Zhu, berkata penerbanga­n berkonsepk­an ultra-mewah ini turut menawarkan pengembara­an ke destinasi pilihan lain dengan program kreatif yang menggabung­kan dua keseronoka­n iaitu perjalanan di udara dan pengembara­an di lokasi percutian menarik.

“Crystal Skye bukan penerbanga­n biasa dan tidak akan sama dengan penerbanga­n komersial yang lain. Setiap inci hiasan dalaman dan keperluan disediakan penuh dengan ciri mewah demi keselesaan penumpang. Enam tandas dan bilik mandi juga disediakan dalam gaya eksklusif.

“Penumpang tidak perlu terlalu serius di dalam pesawat kerana kita juga boleh berhibur. Menariknya, selain menyediaka­n cef bertaraf lima bintang untuk menyediaka­n setiap hidangan, anda juga boleh membawa cef kegemaran sendiri untuk masak di atas kapal ini,” katanya pada majlis memperkena­lkan Crystal Skye itu di Lapangan Terbang Subang Skypark, di Subang, baru-baru ini.

Crystal Skye menawarkan pengalaman baru berkonsep akuatik bagi meraikan Tahun Baru

2018 di Sydney, Australia dan di Hawaii, Amerika Syarikat. Penerbanga­n itu akan bermula 30 Disember hingga 4 Januari depan, pada harga is USD29,999 (RM121,996) seorang dan berlepas dari Singapura.

Penumpang berpeluang menyaksika­n keindahan percikan bunga api di Sydney Harbour Bridge dari bot peribadi yang selesa sebelum berangkat terbang meraikan tahun baru di tepi pantai Honolulu.

Sempena Tahun Baru Cina pula, Crystal Skye menawarkan percutian mewah berkonsepk­an eksotik ke Kenya dari 17 hingga 23 Februari tahun depan. Percutian berharga USD28,000 (RM113,873) seorang dan berlepas dari Hong Kong.

Percutian menakjubka­n ini memberi peluang kepada anda menyaksika­n kehidupan haiwan liar seperti harimau bintang, gajah, kuda belang, singa dan banyak lagi hidupan lain di Maasai Mara, Kenya dengan lebih dekat lagi.

Selain itu, anda juga boleh menentukan pengembara­an sendiri ke seluruh dunia mengikut lokasi dan atur cara program yang diimpikan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.crystalcru­ise.com

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kemudahan ruang makan depan kabin menampilka­n ciri mewah dalam pesawat peribadi.
Kemudahan ruang makan depan kabin menampilka­n ciri mewah dalam pesawat peribadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia