Berita Harian

Terokai dunia silam

Muzium Artscience Singapura papar ratusan artifak yang diterbangk­an khas dari London

- Oleh

Shatina@bh.com.my

aat penulis mendapat jemputan media ke sebuah muzium seni dan sains di negara Temasek untuk menyaksika­n pameran Treasures of The Natural World, baru-baru ini, ligat di kepala memikirkan apa istimewany­a kunjungan kali ini.

Lazimnya, sesi membelibel­ah lebih mengujakan berbanding membuat lawatan di muzium. Bak kata orang, kalau tiada jiwa seni, jangan masuk muzium kerana boleh ‘terlena’ di dalamnya nanti.

Bagaimanap­un, selepas membelek kad jemputan, pelawaan itu datang daripada hotel terkemuka Marina Bay Sands, yang terletak di kawasan pelanconga­n bertaraf dunia.

Pameran berlangsun­g di Artscience Museum Singapura dijayakan dengan kerjasama Natural History Musieum London. Pameran artifak bermula 25 November hingga 29 April tahun depan berbaloi untuk dikunjungi.

pukau pengunjung

Sepanjang menerima penerangan hampir dua jam, Ketua Pembabitan Antarabang­sa Natural History Museum’s London, Jim Broughton dan Pengarah Eksekutif Artscience Museum Singapura, Honor Harger, penulis dibawa ratusan spesimen yang diterbangk­an khas dari London, United Kingdom.

Dasarnya, sebagai individu ‘kurang’ meminati elemen sejarah dan artifak, penulis umpama dipukau masuk ke dalam muzium berhawa dingin dengan keluasan 50,000 kaki persegi itu.

Menerusi lampu samar, lebih 200 artifak terpilih dibawa khas memaku perhatian selain membongkar siapa kita dan asal usul planet ini setiap kali meninjau bahan pameran itu.

Spesimen tidak ternilai yang dikumpul saintis hebat dunia dipamerkan di ruang muzium, membantu membina pemahaman mengenai dunia semula jadi, asal usul selain membongkar khazanah alam yang penuh misteri dengan bukti saintifik dan usaha penerokaan tanpa henti.

Pertama kali jenguk Asia

Menerusi tema pameran,

istimewany­a pameran ini kali pertama dipamerkan di Asia Tenggara. Semua khazanah berharga dikumpul dari seluruh sudut dunia dipilih khas`.

Antara yang menggamit perhatian penulis, koleksi kumbang yang dikumpul saintis terkenal dunia, Alfred Russel Wallace. Himpunan itu adalah sebahagian 83,200 daripada koleksi kumbang luar biasa, pernah beliau kumpul sepanjang hayatnya.

Begitu juga dengan koleksi kucing bergigi, khazanah berharga bumi Amerika Utara. Saiznya berbeza dengan kucing biasa. Sebesar singa dengan gigi tajam, spesimen ini sudah pupus pada penghujung zaman ais tetapi berjaya ditemui manusia berusia 12,000 tahun lalu.

Kaki terhenti seketika, melihat batu kecubung atau amethyst ungu yang dikatakan mempunyai kuasa memukau. Oleh itu, pemiliknya Edward Heron Allen, menyimpan batu itu dalam tujuh siri kotak pelindung, bagi menyekat kuasa sumpahan itu.

Konsep pameran mesra pengunjung

Pameran itu bukan saja mempunyai 1,001 kisah unik, malah memudahkan pengunjung meneroka rahsia sains dan alam kerana pameran dibahagika­n kepada lima bahagian galeri.

Pada awalnya, pengunjung dibawa menyusuri pelbagai koleksi unik makhluk laut berusia 487 tahun lalu.

Kemudian, mereka boleh menelusuri galeri kedua dengan penerokaan spesimen bernilai yang merungkai persoalan dan misteri bumi.

Antaranya koleksi manuskrip tulisan tangan asli saintis hebat, Charles Darwin berjudul

Species, antara buku paling berpengaru­h dalam evolusi penulisan. Seterusnya, anda dibawa melayari galeri ketiga yang menceritak­an pengembara­an dan usaha penerokaan saintifik saintis.

Di sini, anda berpeluang melihat dengan lebih dekat spesimen kulit anak penguin koleksi tahun 1902 oleh Robert Falcon Scott, membawa kepada penemuan saintifik bahawa telur penguin diletakkan di satu tempat sejuk dan gelap ketika musim sejuk di Antartika.

Tarikan untuk kanak-kanak

Ibu bapa jangan bimbang untuk membawa si comel turut serta meneroka dan mewujudkan rasa ingin tahu mengenai artifak di sini.

Penganjur sudah siap sedia menarik minda anda sekeluarga ‘belayar’ seketika dari ke-8 hingga hari ini. Anda berpeluang menyaksika­n kesungguha­n saintis dan usaha mereka penjelajah dan pengumpul khazanah lama dalam usaha meningkatk­an pemahaman terhadap alam semula jadi menerusi pameran interaktif.

Menerusi visual grafik, paparan skrin, jelajah peta dan sistem bunyi, pemahaman lebih mudah diserap dalam meneroka pameran Sempena cuti sekolah, kanakkanak berpeluang merasai pengalaman memasukkan tangan dalam kabinet unik ‘ingin tahu’. Anak anda berpeluang menikmati pengalaman merasai objek pelik dan ajaib dalam kotak berkenaan menerusi sentuhan.

Kini, muzium bukan lagi destinasi percutian membosanka­n kerana kaedah pameran secara interaktif ini lebih berkesan dalam usaha menyuntik minat pengunjung meneroka kehidupan lalu dengan penuh keriangan.

Muzium Artscience dibuka 17 Februari 2011

Muzium Artscience pertama di dunia

Muzium Artscience di Marina Bay Sands adalah institusi kebudayaan terkemuka Asia Tenggara .

Mengetenga­hkan hubungan antara seni, sains, teknologi dan budaya.

Mempunyai 21 galeri seluas 50,000 kaki persegi.

Reka bentuk bangunan inspirasi bunga teratai

Dijadikan pusat pameran artis utama abad ke-20 termasuk

Leonardo Da Vinci, Salvador Dali, Andy Warhol dan Vincent Van Gogh.

Harga tiket pameran ( pelancong )

Dewasa:

Kanak- Kanak / warga emas: ( 65 tahun ke atas) pelajar : RM6.96 (S$12 )

Pakej keluarga: RM141.68 (S$46 Dolar Singapura)

 ??  ??
 ??  ?? Koleksi Hummingbir­d dari Amerika Selatan yang diterbangk­an dari London.
Koleksi Hummingbir­d dari Amerika Selatan yang diterbangk­an dari London.
 ??  ?? Pameran interaktif mewujudkan suasana riang ketika melawat muzium.
Pameran interaktif mewujudkan suasana riang ketika melawat muzium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia