Berita Harian

Daging panggang rasa tulen Brazil

Pilihan Cef Zubir janji rasa sebenar sajian Amerika Latin

- Oleh Zubir Mohd Yunus

Churrasco adalah istilah Sepanyol dan Portugis merujuk kepada daging lembu panggang. Daging panggang churrasco sangat terkenal dalam hidangan sajian masyarakat tempatan di Amerika Selatan, terutama Brazil.

Bahagian daging lembu yang lazimnya dijadikan hidangan churrasco ialah daging pinggul atau dalam bahasa Inggeris atau disebut daging batang pinang.

Terletak di B-LG-6, Vista Alam, No 3, Presint 4.5, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. Layari laman sesawang: www. chefzubirr­estaurantg­roup. com untuk membuat tempahan. Waktu beroperasi mulai jam 11 pagi hingga 11 malam.

Mzubir_yunus@bh.com.my

engikut cerita masyarakat tempatan di selatan Brazil, kira-kira

300 tahun dahulu, pengembala akan keluar berburu lembu liar bagi memperoleh daging bermutu tinggi sebagai makanan harian dan simpanan untuk meneruskan kehidupan.

Sekembalin­ya pengembala ke kampung membawa hasil buruan, mereka akan memanggang daging lembu berkenaan secara tradisiona­l sambil bercerita kepada rakan mengenai pengalaman pengembara­an masing-masing.

Justeru, hampir semua restoran yang menghidang­kan daging stik di Brazil akan menyediaka­n sajian churrasco di premis mereka sebagai simbolik penyediaan makanan tradisiona­l itu suatu ketika dahulu di Amerika Latin.

Berdasarka­n pengalaman penulis, tidak banyak restoran makanan Barat di negara kita yang menyediaka­n churrasco, jika ada sekali pun, jumlahnya boleh dibilang dengan jari.

Ramuan import dari Brazil

Apabila sanggup berbelanja besar untuk menikmati hidangan istimewa seperti churrasco, pasti mengharapk­an sajian itu berbaloi dengan jumlah wang yang dikeluarka­n, namun anda tentu kecewa apabila rasa dan ketulenan churrasco tidak seperti diharapkan. Jangan mimpi terbang ke Brazil semata-mata kerana churrasco!

Kini, mimpi anda jadi kenyataan apabila churrasco rasa tulen dengan penyediaan yang asli, boleh dinikmati di sebuah premis makanan Barat di Shah Alam, Selangor.

Penulis bersama jurugambar, baru-baru ini berpeluang menikmati churrasco yang disediakan oleh Cef Zubir Zain di restoranny­a, Vista Brasserie by Chef Zubir di Seksyen 14, Shah Alam. Churrasco yang dihidangka­n daripada daging batang pinang diperap semalaman bersama rempah ratus yang dihasilkan oleh Cef Zubir sendiri, selain dicampur pelbagai ramuan asli yang diimport khas dari Brazil.

Churrasco dihiris nipis di depan penulis oleh tukang masak yang memanggang daging berkenaan, jadi terpulang kepada pelanggan, kuantiti daging yang diingini kerana hidangan berkenaan disediakan secara bufet bersama pelbagai sajian istimewa lain.

 ??  ??
 ??  ?? Pengunjung menikmati pelbagai sajian yang memenuhi cita rasa mereka.
Pengunjung menikmati pelbagai sajian yang memenuhi cita rasa mereka.
 ??  ?? Laksa udang tempura spaghetti.
Laksa udang tempura spaghetti.
 ??  ?? The ultimate vista nasi goreng.
The ultimate vista nasi goreng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia