Berita Harian

Dengarbual­senyum Enterprise

-

menggunaka­n lebih tenaga menolak roda kerusinya, saya menawarkan diri membantu.

“Tan Sri mahu ke mana?” soal saya ketika hati saya tidak tahu arah tuju untuk menolaknya.

“Ke luar,” ringkas balasnya.

Rumah mewah itu tentunya punya taman cantik, disejukkan dengan kolam kecil yang dihiasi pandan wangi dua tiga rumpun berserta monstera yang akarnya menjengah ke air.

“Bagaimana kamu terfikir memulakan perniagaan ini?” soalnya, sambil menabur makanan kepada ikan koi yang melonjak-lonjak, menerpa.

“Apabila saya keluar universiti. Saya tiada pekerjaan. Saya dapat idea dan memulakan perniagaan ini.” Saya menjawab.

Dia tersenyum. Saya juga tersenyum kerana berjaya membuatkan dia tersenyum.

“Begitulah namanya graduan. Mencipta pekerjaan dan bukannya mencari pekerjaan.”

“Mula-mula susah juga. Kawan-kawan mentertawa­kan saya.

Tiada orang percaya perniagaan saya akan pergi jauh. Termasukla­h keluarga sendiri. Tapi saya kena kuat. Saya iklankan perniagaan saya di media sosial. Saya tampal iklan di perhentian bas dan tiang elektrik. Saya upah penjual akhbar selitkan iklan dalam akhbar.” Entah mengapa, rajin saya bercerita.

“Oh, itu kisah perulangan bagi mereka yang berjaya.” Dia menyampuk.

Dia memandang saya lagi.

“Bolehkah kamu ceritakan pelanggan kamu yang mula-mula. Mungkin dua tiga orang. Seronok pula saya mendengarn­ya,” pintanya.

“Boleh.”

2.

Pelanggan pertama saya ialah seorang usahawan berjaya. Lelaki yang saya temui secara tidak sengaja. Ketika itu dia di taman. Di atas bangku, bersendiri­an. Saya pula berjalan perlahan. Upaya saya untuk berjoging terbatas lantaran tumit ketika itu sakit benar. Pada wajah lelaki itu saya dapat meneka seribu kekusutan ditanggung­nya. Diamnya diam bermasalah. Pandangann­ya ke arah tasik juga pandangan kosong. Saya yakin benar dan lantas saya menegurnya.

Mulanya dia tidak membantu untuk kami memulakan kemesraan. Dia senyap dan tidak menjawab pertanyaan saya. Tapi saya bukannya seorang yang sukakan kegagalan. Saya terus bercakap, bercerita dengannya walaupun dia tidak membalas dan tidak memberikan sebarang reaksi. Rupa-rupanya usaha saya berjaya. Ketika saya berbual dan bercerita tentang perniagaan yang saya baru mulakan, saya dapat melihat kerut dahinya. Ya, serupa kerut dahi Tan Sri pada saat saya memberikan kad perniagaan saya tadi.

Dari kerut dahinya, berterusan kepada ketawa yang tak sudah.

Saya hairan tapi saya biarkan sahaja. Malah, saya gembira kerana berjaya membuatkan dia ketawa. Saya berjaya membuatkan diamnya tadi sudah bising dek ketawa. Dia mula bercakap dan saya sudah mengetahui namanya. Maafkan saya Tan Sri, saya tidak boleh dedahkan namanya kerana itu menjadi amalan perniagaan saya merahsiaka­n identiti pelanggan.

Lelaki itu usahawan berjaya. Sesudah usianya meninggi dan lelah tubuhnya dia menyerahka­n perniagaan­nya kepada anak-anaknya. Dia berbangga kerana seumur hidupnya dia bekerja keras membahagia­kan keluargany­a. Namun dia silap, perniagaan yang dibinanya dan diwariskan kepada anakanakny­a tidak memberikan bahagia kepada hari tuanya. Seperti waktu dia muda dan bekerja keras sehingga mengabaika­n kasih sayang kepada anak-anaknya sehingga dia terlupa mendengar, terlupa berbualbua­l, malah terlupa senyum dengan anak-anaknya, begitulah juga yang dia peroleh ketika hari tuanya. Anak-anaknya juga terlupa mendengar, berbual-bual dan senyum kepadanya. Dia keseoranga­n tanpa teman berbual dan tanpa teman mendengar. Apabila mengetahui saya menjalanka­n perniagaan ini, dia lantas mengupah saya. Katanya, sebut sahaja jumlah bayarannya, saya akan bayar.

Tan Sri, itulah pelanggan pertama saya dan juga pelanggan yang banyak memberikan saya pulangan pendapatan.

3.

Pelanggan kedua saya, seorang anak kecil berumur 11 tahun.

Ibu bapanya mensyaki anaknya berpenyaki­t. Anaknya menjadi pendiam dan tidak mahu bercakap. Ibu bapanya risau. Sudah banyak doktor merawatnya. Sudah banyak pengamal perubatan tradisiona­l merawatnya. Namun, semuanya gagal. Anak itu tidak punya sakit apa-apa. Dia sihat secara fizikalnya. Ibu kepada anak itu kawan saya. Apabila mendengar cerita ibu itu saya mena-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia