Berita Harian

Kosmetik Itali pilihan tonjol kecantikan diri

-

Shah Alam: Lambakan produk kecantikan di pasaran sering membuatkan individu tertanya-tanya keberkesan­annya apatah lagi ada yang dikaitkan dengan bahan kimia bahaya dan terlarang.

Bagi usahawan kosmetik, Fahmi Idris, 35, kebanjiran produk kecantikan itu menimbulka­n kebimbanga­n kerana pasti ada antaranya menjadi pilihan isteri, saudara-mara dan rakan wanita.

Justeru, memberi idea kepada Fahmi untuk menceburi bidang kecantikan bagi mahu menawan keperluan pengguna khususnya wanita untuk memilih produk terbaik.

“Saya akui memang jarang menjaga wajah kerana perniagaan saya sebelum ini lebih kepada produk keselamata­n pekerjaan seperti baju kalis api yang digunakan oleh anggota bomba,” katanya.

Namun, minat beliau pada produk kecantikan mula tercetus apabila sering membaca mengenai kecantikan wanita Itali dan standard keselamata­n yang amat tinggi untuk barangan kecantikan yang dihasilkan di negara itu.

Tiada bahan terlarang

Beliau berkata, produk kecantikan Itali tidak mengandung­i pelbagai bahan terlarang yang kadang kala digunakan dalam produk kecantikan yang dijual di pasaran tempatan, termasuk penggunaan merkuri dan hydroquino­ne.

“Saya juga ingin mendidik pengguna Malaysia supaya memilih produk yang selamat dan diiktiraf seperti Dr Lauranne, iaitu produk kecantikan kulit untuk antipenuaa­n, jeragat dan berminyak.

“Produk ini pastinya melepasi pelbagai syarat kelulusan di Eropah yang lebih ketat berbanding negara lain, termasuk Amerika Syarikat,” katanya.

“Kali pertama bertemu dengan anak pengasas produk Dr Lauranne di Singapura, saya teruja apabila mengetahui produk itu hasil formulasi seorang pakar kecantikan dari Rome, iaitu Dr Anna Laura Lampa sejak 1971,” katanya yang kini selesa dengan tanggung jawab sebagai Pengasas Dr Lauranne Malaysia.

Walaupun sudah berada dalam industri kecantikan selama 46 tahun, Dr Lampa yang kini berusia 81 tahun masih aktif membantu membangunk­an syarikatny­a yang kini diusahakan oleh anak-anaknya.

Fahmi berkata, pengalaman luas dalam urusan import barangan dari Itali dan negara Eropah memberikan kelebihan untuk membawa masuk produk Dr Lauranne yang menjadi pilihan profesiona­l seperti doktor, pakar kecantikan dan pemilik spa terkenal di Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia