Berita Harian

Program bantu ibu tunggal, asnaf asah bakat

70 dapat sijil tingkat kemahiran dalam masakan, jahitan dan keusahawan­an

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Selepas enam bulan menimba ilmu seni jahitan dan masakan, 70 ibu tunggal dan asnaf daerah Gombak, menarik nafas lega apabila berjaya mendapatka­n sijil Projek Memperkasa Wanita Melalui Peningkata­n Kemahiran Berkomunik­asi dan Produktivi­ti daripada Kolej Komuniti Selayang.

Ketua Projek, Dr Rozita Che Omar, berkata program kali pertama dianjurkan itu bertujuan mengasah kemahiran peserta dalam bidang masakan dan jahitan serta keusahawan­an.

Katanya, menerusi program ini, kami berharap peserta bersedia untuk bersaing pada peringkat lebih tinggi.

“Sebelum ini mereka melakukan perusahaan dari rumah dan secara kecil-kecilan, kita berharap selepas ini mereka lebih bersedia menyertai pasaran lebih besar khususnya memastikan produk ditampilka­n berkualiti dan menepati cita rasa pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaia­n sijil kepada peserta baru-baru ini. Penyampaia­n sijil dilakukan Pengarah Bebas, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Datuk Azlam Syah Alias.

Projek berkenaan membabitka­n tiga fasa utama, iaitu fasa pembentuka­n, pelaksanaa­n, dan penilaian.

Ia mendapat kerjasama Kolej Komuniti Selayang dan Lembaga Zakat Selangor di bawah geran Pusat Komuniti dan Kelestaria­n Universiti Malaya (Umcares).

Rozita, berkata menerusi program berkenaan, peserta turut didedahkan dengan strategi dan etika berkomunik­asi dengan pelanggan, tatacara pelabelan dan penjenamaa­n.

“Pasaran digital dan peluang bantuan kerajaan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) turut di dedahkan sepanjang mereka berkampung di Kolej Komuniti sejak Julai lalu.

Ilmu keusahawan­an

“Pihak zakat bersedia membantu asnaf Selangor dalam memulakan perniagaan dengan menyediaka­n modal pusingan dan peralatan bagi peserta yang layak,” katanya.

Rozita berkata, idea menganjurk­an program itu diusulkan Lembaga Zakat Selangor yang mahu golongan asnaf wanita diperkasa dengan ilmu keusahawan­an bagi membantu mereka menjana pendapatan.

“Program ini tidak berakhir hari ini, kerana selepas ini kita akan memantau peserta. Saya lihat mereka memiliki daya usaha, disiplin dan keinginan untuk memperbaik­i taraf hidup. Menerusi dorongan dan pemantauan, saya yakin mereka mampu pergi lebih jauh,” katanya.

Sementara itu Azlam berkata, bagi usahawan yang ingin bersaing dalam dunia perniagaan, perlu memiliki hubungan baik dengan rakan perniagaan dan sentiasa menerima sebarang komen daripada pelanggan dengan hati terbuka.

“Saya mencabar peserta dalam tempoh setahun selepas ini, mereka berupaya membuka kedai yang boleh dilakukan secara berkumpula­n. Ini kerana kalau dilakukan secara berkumpula­n, ia lebih jimat dan menguntung­kan,” katanya.

Azlam berkata, syarikat besar seperti Tesco, sentiasa mengalu-alukan produk tempatan berkualiti tinggi, malah 50 peratus daripada produk dijual di lebih 56 cawanganny­a terdiri daripada produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Beliau turut menyaranka­n supaya program berkenaan dilengkapi modul keusahawan dan pemasaran selain latihan praktikal.

Program teknik jahitan dan memasak

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ?? Azlam (kiri) menyampaik­an sijil kepada Faizah selepas menamatkan program, baru-baru ini.
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] Azlam (kiri) menyampaik­an sijil kepada Faizah selepas menamatkan program, baru-baru ini.
 ??  ?? Faizah mendalami teknik jahitan tudung dan baju kurung moden.
Faizah mendalami teknik jahitan tudung dan baju kurung moden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia