Berita Harian

Kecoh aksi menari pada malam gala

-

Mengelak dirinya terus menjadi mangsa kecaman, Neelofa semakin berhat-hati dalam memuat naik sebarang entri di laman Instagram peribadiny­a.

Bukan sekadar berfikir panjang memilih ayat sesuai, malah gambar turut diteliti dan ditapis berulang kali bagi mengelak sebarang kemungkina­n negatif.

“Tanggungja­wab yang saya galas semakin berat dan saya mahu orang pandang saya dengan serius. Pada masa sama saya masih seorang yang menyeronok­kan.

“Jujur saya tidak dapat lari daripada pandangan umum disebabkan kerjaya saya juga membabitka­n dunia hiburan, jadi adalah lebih baik saya memperhalu­si setiap tindakan, termasuk perkongsia­n di media sosial,” katanya.

Menyedari hakikat impian yang mahu digapai menuntut pengorbana­n, Neelofa mengaku kesibukan harian menyebabka­n waktu bersama keluarga tercinta jadi terbatas.

“Saya rindukan masa dengan keluarga dan kawan-kawan. Apabila dapat meluangkan masa dengan mereka, saya rasa bersyukur sangat. Tidur saya sekarang semakin singkat. Saya hanya dapat tidur antara lima hingga enam jam sehari.

“Namun, saya masih punya waktu untuk melakukan yoga pada awal pagi dan bermain tenis sekali atau dua kali seminggu. Tahun ini paling banyak saya tak sihat sebab sibuk. Kalau duhulu, saya selalu tidur lewat antara jam tiga hingga empat pagi, tetapi sekarang kena tidur awal.

“Mama dan daddy paling risau, terutama daddy. Dia selalu cakap saya tak sihat dan kasihankan saya. Sebab itu, daddy selalu beli hadiah kepada saya. Dia suka bagi ganjaran sebab tahu saya tak ada masa untuk diri sendiri,” katanya.

Antara lakonan, perniagaan

Apa yang dilakukann­ya adalah demi pelaburan dan syarikat tudung yang diusahakan­nya, Naelofar Hijab yang semakin maju.

Malah, Neelofa merancang membuka sebuah lagi butik Naelofar di pusat beli-belah, Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC) selepas memiliki dua butik di Publika dan Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya.

“Saya tak mahu bagi masa kepada lakonan sebab penat. Kalau kita berlakon sahaja tak apa, tetapi, dengan adanya perkara lain lagi seperti perniagaan memang penat.

“Duhulu saya boleh buat dua kerja dengan drama dan telefilem. Sekarang hendak menghabisk­an satu drama pun saya rasa penat sangat. Kadang saya kasihankan orang lain sebab nak kena ikut jadual kita. Sebab itu saya ambil pendekatan untuk tidak menyusahka­n orang lain,” katanya.

Benar bagai dikata, terbaru Neelofa sekali lagi mencetuska­n kontrovers­i apabila kecoh isu dia menari pada malam gala menghargai stokis dan rakan niaga Naelofar Hijab yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

“Saya berjaga-jaga dengan penampilan diri. Pada malam itu, saya mengenakan pakaian yang longgar dan pergerakan tarian saya malam itu pun tidak menampakka­n susuk tubuh.

“Apa yang boleh dikatakan, pergerakan saya ringkas dan masih menjaga tatasusila.

“Jika diikutkan, saya tak pernah menari di hadapan orang ramai. Tetapi disebabkan malam gala bagi menghargai stokis, apa salahnya saya berhibur sedikit,” katanya yang mempunyai 500 stokis yang aktif di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia