Berita Harian

Filem kedua hebat

-

Cerita Sam, dua minggu sebelum penggambar­an bermula, dirinya diserang demam denggi.

“Bayangkan, ketika itu badan saya menguncup. Saya cuba mencuri masa sewaktu penggambar­an untuk kembali menaikkan otot badan,” katanya.

Tambah Sam, berikutan sejak naskhah pertama lagi dirinya sudah mula membina otot badan, maka tidak hairanlah apabila pihak penerbit meminta beliau melakukan hal sama bagi judul kedua ini.

“Seperti saya katakan, mujur waktu persediaan untuk filem ini agak panjang berbanding yang pertama. Jadi, persediaan­nya lebih lancar. Malah, waktu penggambar­an juga tidak lebih daripada 12 jam kerana pihak produksi sudah tahu apa yang diinginkan.

“Jujur, saya boleh katakan filem kedua ini lebih ‘gempak’ dan hebat daripada banyak segi, termasuk barisan pelakon, jalan cerita dan kualiti gambar,” katanya yang memulakan penggambar­an Polis Evo 2 sejak Oktober lalu.

Dua bulan berjauhan dengan keluarga

Ketika dirinya sibuk di lokasi penggambar­an, Sam berkata, beliau pada masa sama cuba sebaik-baiknya untuk menunaikan tugas sebagai suami dan bapa.

“Kalau dahulu, saya dengar senario kawan nak balik awal sebab tak sabar nak jumpa anak, kini saya sendiri yang melalui situasi sama.

“Cuma baru-baru ini penggambar­an Polis Evo 2 dilakukan di Kuantan, Pahang. Saya memang terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak kerana tak mahu fokus hilang.

“Saya tinggalkan mereka di rumah. Dua bulan juga saya berjauhan dengan mereka. Mujurlah hampir setiap malam, panggilan video menjadi interaksi saya melepaskan rindu terhadap mereka,” katanya.

Dia juga menyifatka­n fasa baharu itu sebagai proses mendewasak­an diri.

“Ia banyak mematangka­n saya dari segi berfikir. Saya tidak boleh lagi bersikap main-main. Saya takkan tahu apa nasib saya pada masa mendatang? Lalu saya kena fikir soal anak dan keluarga mengatasi segala-galanya. Tanggungja­wab pun jadi lebih besar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia