Berita Harian

‘Sanggup tunggu di set’

Fasha Sandha rimas lelaki berusaha gigih untuk dekati, belum sedia bercinta lagi

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Biarpun ada teman artis kembali mengecap nikmat kebahagiaa­n rumah tangga buat kali kedua, aktres jelita ini tidak pernah tergugat dengan status ibu tunggal dipegangny­a.

Enggan terburu-buru mencari cinta baharu, Fasha Sandha lebih bahagia meneruskan hidup bersama anak-anak tersayang iaitu Putri Raysha Jemaima yang berusia dua tahun dan Putra Rayfal Ramli, empat tahun.

Menyedari dirinya menjadi perhatian ramai selepas bergelar janda, bagi Fasha, ia bukanlah tiket untuknya menerima kehadiran mana-mana lelaki dalam hidupnya.

Masih mencari calon suami yang sesuai, Fasha mengaku berkawan dengan ramai lelaki daripada pelbagai latar belakang.

“Buat masa sekarang, belum ada lelaki yang dapat menambat hati saya menjadi kekasih. Saya berkawan dengan beberapa lelaki, tetapi saya lebih selesa dan bahagia dengan kehidupan sekarang bersama anak-anak.

“Saya tidak memilih kawan. Saya berkawan dengan sesiapa sahaja yang mahu bersahabat. Tak kiralah dia orang kenamaan mahupun pelawak.

“Apa yang penting, mereka faham dan boleh terima bahawa kita hanya berkawan,” katanya.

Aktres berusia 34 tahun ini mengaku rimas rimas dan tidak selesa apabila ada beberapa lelaki berusaha untuk lebih dekat dengannya hingga sanggup menunggu di set penggambar­an.

Menghargai usaha seumpama itu, namun bagi Fasha, tindakan itu dianggap mengganggu tumpuannya ketika berlakon.

“Saya tak suka sebab saya bekerja. Tidak manis kalau kru produksi nampak dia kerap datang set menunggu saya. Tetapi, saya cakap baik-baik bahawa saya tak mahu dia datang,” katanya.

Mengulas desas-desus kononya Fasha berkawan dengan seorang pegawai kanan polis, dia berkata:

“Memang betul saya berkawan dengan seorang pegawai kanan, tetapi itu cuma kawan. Macammacam orang datang berkawan dengan saya. Mereka semua tahu kami sekadar berkawan,” katanya.

Tidak sorok cinta

Mengaku sudah ada beberapa calon yang difikirkan sesuai menjadi pasangan, Fasha bagaimanap­un enggan membuat keputusan sekarang.

Sebaliknya, Fasha menunggu usianya mencapai 35 tahun untuk kembali serius menjalinka­n hubungan dengan lelaki.

“Setiap orang ada pendapat dan cara masing-masing untuk berkongsi kebahagiaa­n. Saya akan beritahu kalau serius menjalinka­n hubungan dengan seseorang. Tak ada niat nak sorok,” katanya.

Sibuk dengan kerjaya seni membuatkan masa yang ada terbatas untuknya bercinta.

Fasha yang ditemui pada majlis pelancaran drama 70 episod berjudul Syurga Yang Kedua di ibu negara, baru-baru ini mengaku kesibukann­ya berlakon drama yang menggandin­gkan dirinya dengan Siti Elizad Sharifuddi­n dan Zarul Husin itu membuatkan masa bersama anak-anak terhad.

“Agak sedih sebab tiada masa dengan anak-anak berbanding ketika beraksi untuk drama

“Drama ini ada dua pasukan kerja. Kadangkada­ng sampai sebulan tak cuti sebab terkejar-kejar. Selepas habis dengan kumpulan A, saya kena lari ke set penggambar­an kumpulan B pula,” katanya sambil menambah penggambar­an perlu dihabiskan dalam tempoh empat bulan.

Fasha berkata, dia perlu disiplin dan mengatur jadual kerja atas kepercayaa­n diberi produksi.

“Disiplin kena ada sebab itu orang pilih kita. Bagi saya, tak apalah berkorban sementara orang nak kita dan rezeki anak-anak.

“Insya-allah, dalam bulan tiga atau empat tahun depan saya akan memperlaha­nkan karier seni sebab hendak meluangkan masa dengan anak-anak,” katanya yang turut ditawarkan berlakon dalam drama Teratai Cambodia.

Bagi mengubati kerinduan kepada anak-anak, Fasha memberitah­u, dia selalu membuat panggilan video ketika berada di set penggambar­an.

Rindu anak

“Jemaima selalu menangis sampai nak ikut pergi kerja. Kadang-kadang terpaksa bawa dia ke set sebab rindu. Pernah saya tidak bersembang dengannya selama tiga hari. Apabila keluar dari rumah, mereka masih tidur, balik pun mereka tidur,” katanya.

Fasha menambah, dia pernah berpesan kepada adiknya untuk menidurkan kedua-dua anaknya lebih lama pada sebelah siang.

“Ini supaya pada sebelah malam, saya boleh berjumpa mereka. Rayfal sudah tahu rutin saya kalau tiada di rumah, cuma Jemaima belum boleh terima,” katanya yang masih mengusahak­an salun yang sudah tujuh tahun beroperasi.

Tidak mahu kerjaya seninya terhenti sebagai pelakon sahaja, Fasha merancang menerbitka­n dramanya sendiri dan mula memperlaha­nkan kerjaya lakonan.

Dalam drama Syurga Yang Kedua yang disiarkan di Astro Prima mulai 12 Disember lalu, Fasha memegang watak Vivy, isteri kedua kepada Daniel lakonan Zarul Husin.

Bagi Fasha, karya itu sangat berat. Malah, dia menerima tawaran itu kerana naskhah serta karakter yang menarik.

“Saya terima sesuatu tawaran itu mengikut naskhah. Kalau bagus, saya terima. Memang penat bila berlakon dalam episod yang panjang dan memerlukan banyak masa di set.

“Tetapi kalau skripnya bagus dan karakter menarik, saya terima tanpa memikirkan jadual penggambar­an panjang,” jelasnya.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH ] ?? Ungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, pada Anugerah Skrin 2017.
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH ] Ungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, pada Anugerah Skrin 2017.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia