Berita Harian

Pengganti Massa diumum 2018

Sirotkin dijangka jadi pilihan Williams untuk gandingan Stroll

-

Pasukan Formula Satu (F1), Williams menanti sehingga tahun baharu ini untuk mengumumka­n calon pemandu yang akan berganding­an dengan pemandu remaja, Lance Stroll dari Kanada pada musim hadapan.

Jurucakap pasukan itu mengesahka­n yang tiada berita pemandu baharu sebelum Januari ini, dengan musim 2018 yang akan mempertand­ingkan 21 perlumbaan yang bermula di Australia pada 25 Mac.

Pemandu Russia, Sergey Sirotkin muncul antara pemandu pilihan, satu-satunya kekosongan yang masih ada berbanding Robert Kubica dari Poland yang turut ingin mencuba nasib.

Williams berkata keputusan yang dibuat berdasarka­n persembaha­n dan sudah memberi mereka gambaran tentang siapa yang berkemungk­inan menggantik­an pemandu Brazil, Felipe Massa yang bersara daripada perlumbaan itu.

Program pembanguna­n

Sirotkin, pemandu berumur 22 tahun dari program pembanguna­n menyertai Renault tahun ini dan disokong oleh hartawan Russia, Boris Rotenberg dan SMP Racing.

Abang Rotenberg, iaitu Arkady pula mempunyai hubungan baik dengan Presiden Russia, Vladimir Putin yang juga bekas pasangan judo beliau.

Mengetepik­an soal sokongan itu, pemandu Russia itu melakukan persembaha­n mengagumka­n pada sesi ujian selepas musim di Abu Dhabi yang dipintas Renault apabila pasukan itu sedang mencari pengganti pemandu Britain, Jolyon Palmer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia