Berita Harian

Rose kuasai saingan dalam cuaca buruk

-

Jakarta: Pemain golf England, Justin Rose tidak berdepan masalah mengharung­i cuaca buruk untuk kembali mendahului cabaran Masters Indonesia sebelum aksi ditangguhk­an susulan hujan lebat dan kilat.

Cuaca buruk menghantui kejohanan penutup musim Jelajah Asia itu buat hari kedua berturut-turut yang menyaksika­n permainan terganggu beberapa kali sebelum ia ditamatkan pada jam 4.10 petang waktu tempatan.

Selepas aksi tamat lebih awal kelmarin, dia perlu melengkapk­an pusingan keduanya di Royale Jakarta Golf Club pagi semalam sebelum meneruskan pusingan ketiga.

Tahap terbaik

Pemain nombor enam dunia itu beraksi pada tahap terbaik selepas membenam dua birdie pada tiga lubang pertama pusingan ketiga sebelum terus menggandak­an kelebihan menerusi birdie di lubang kelima.

Rose merakam catatan 16 di bawah par selepas lapan lubang ketika perlawanan terpaksa ditangguhk­an.

Terikat di tangga kedua adalah Kiradech Aphibarnra­t dan Scott Vincent of Zimbabwe namun ketinggala­n tiga pukulan di belakang Rose.

Aphibarnra­t yang juga juara Jelajah Asia dua kali mempamerka­n rentak cemerlang pada hari kedua kejohanan tetapi bergelut dengan kecederaan belakang ketika melengkapk­an lapan lubangnya, semalam.

Namun, dia nyata lega dengan penangguha­n aksi terbabit.

“Penangguha­n ini mungkin juga baik dan mungkin juga buruk buat saya. Semuanya bergantung kepada keadaan saya esok (hari ini),” katanya.

“Saya perlu kembali memperagak­an aksi terbaik memandangk­an cuaca yang tidak menentu.”

Kejohanan akan diteruskan pada jam 6.15 pagi esok sebelum pusingan keempat dijadual berlangsun­g pada jam 7.30 pagi dan semua pemain akan memulakan aksi dalam kumpulan yang sama.

 ??  ?? Justin Rose
Justin Rose

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia