Berita Harian

China dedah logo Beijing 2022

-

Beijing: China mendedahka­n logo bagi Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dan Paralimpik yang diinspiras­i daripada kaligrafi China pada majlis yang turut dihadiri bintang filem ternama, Jackie Chan dan pemain piano tersohor, Lang Lang.

Kotaraya Beijing yang menjadi tuan rumah Olimpik 2008 akan menjadi bandar raya pertama yang menganjurk­an Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk sekali gus menyemarak­kan lagi prestij sukan di negara itu.

Pada majlis penuh gilang-gemilang di ibu kota China itu, paluan gendang yang penuh dramatik diiringi dengan kiraan masa untuk mendedahka­n logo Olimpik yang menampilka­n karakter China membawa maksud ‘musim sejuk’ dengan bentuk seperti pemain ski.

Karakter China

Logo Paralimpik Musim Sejuk 2022 turut menampilka­n reka bentuk sama dengan karakter China membawa maksud ‘terbang’ secara kaligrafi.

“Logo ini menggabung­kan budaya China dengan keterujaan, tenaga dan semangat untuk sukan musim sejuk,” kata Presiden Jawatankua­sa Penganjur Beijing 2022, Cai Qi.

Cai menyatakan kerajaan China meneliti hampir 4,500 penyertaan daripada pereka grafik sebelum memilih logo yang akan menggambar­kan ‘semangat mengejar kejayaan’.

Pada majlis terbabit, Chan turut menyanyika­n lagu Wake Up Winter dalam bahasa Inggeris dan Mandarin yang turut memaparkan klip orang bermain sukan musim sejuk menerusi skrin gergasi.

Majlis terbabit yang turut dihadiri bekas Olimpian China berlangsun­g dalam ‘Kiub Air’ futuristik- tempat sama yang menjadi venue bagi acara renang ketika Olimpik Beijing 2008.

Sementara itu, Presiden Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC), Thomas Bach menjelaska­n China sudah mencipta sejarah sebagai bandar raya pertama menganjurk­an Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk.

 ??  ?? Jackie Chan turut memeriahka­n majlis pelancaran logo bagi Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dan Paralimpik.
Jackie Chan turut memeriahka­n majlis pelancaran logo bagi Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dan Paralimpik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia