Berita Harian

Klopp nafi Liverpool berdepan era kegelapan

Jurulatih enggan terima andaian 4 peledak serangkai The Reds - Mane, Firmino dan Salah sudah hilang bisa

-

̌

Jurgen Klopp menolak dakwaan mengatakan Liverpool ‘kembali berdepan era kegelapan’ daripada sudut konsistens­i susulan dua keputusan seri yang dilakar sebelum ini.

Pengendali dari Jerman berusia 50 tahun itu menyaksika­n skuad kendaliann­ya mencatat dua keputusan seri berturut-turut menentang Everton dan West Brom yang jelas merobek semangat The Reds selepas melakar kemenangan menakjubka­n 7- 0 ke atas Spartak Moscow dalam kempen Liga JuaraJuara.

Akan mencuba lagi

Begitupun Klopp yang ditemui menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) melawan Bournemout­h, hari ini tidak berminat dengan pendapat mengenai perubahan mendadak yang berlaku dalam pasukannya dan menegaskan pemain-pemainnya masih belum kehilangan cetusan kreatif mereka.

“Sembilan hari lalu kami berada di tahap terbaik, dan kini saya lihat kembali di mata kamu dan dapat melihat dengan jelas kami berdepan masalah,” kata Klopp.

“Semuanya seolah-olah berlaku terlalu pantas. Kami akan mencuba sekali lagi.”

Klopp yang boleh menyenarai­kan semula pemain England, Adam Lallana selepas pulih daripada kecederaan paha juga enggan menerima andaian bahawa bariserang­annya san yang diterajui Sadio Mane, Robert Firmino, Philippe Coutinho dan Mohamed Salah sudah kehilangan ketajaman mereka.

“Kami tidak tewas,” kata Klopp yang dijangka menyenarai­kan semula penjaga gol, Simon Migyang nolet sudah pulih daripada kecederaan buku lali.

“Ia masih ada, tetapi itu adalah tanggungja­wab kami. Kami perlu bermain dengan lebih baik berbanding ketika menentang West Brom.

“Tetapi sebenarnya, ia sudah begitu lama dan buat pertama kalinya (Liverpool bermain seperti itu). Saya tidak pasti ia satu-satunya tempat di mana kita berfikir seperti ini ‘oh, sekarang kita kembali dalam hari-hari gelap’ atau apa sahaja. Ia hanya satu permainan.

“Mengapa kami perlu bimbang yang bermula pada saat ini kami akan sentiasa bermain seperti melawan West Brom? Ia juga kesayang lahan sama untuk berfikir yang kami akan sentiasa bermain seperti menentang Spartak.” -

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia