Berita Harian

Ibrahimovi­c dijangka ganti Lukaku

- AFP

Manchester: Jose Mourinho perlu memutuskan sama ada perlu menyenarai­kan semula Zlatan Ibrahimovi­c dalam kesebelasa­n utama ketika Manchester United membuat kunjungan ke West Brom dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.

Bekas penyerang Paris Saint-germain (PSG) itu bermain selama 73 minit dalam lima aksi selaku pemain gantian sejak pulih daripada kecederaan ligamen lutut bermula pada perlawanan bertemu Newcastle pada November lalu.

Karier penyerang sensasi Sweden itu dikhuatiri menemui noktah selepas dipalit kecederaan serius ketika perlawanan suku akhir Liga Europa musim lalu melawan Anderlecht pada April.

Pemain berusia 36 tahun itu begitupun kembali cergas lebih awal daripada jangkaan tetapi tidak jelas sama ada Mourinho bimbang adakah terlalu awal untuk dia diberikan tugasan penuh.

Pengurus United itu menegaskan pada minggu lalu Ibrahimovi­c yang belum menjaringk­an gol sejak kembali beraksi masih belum bersedia untuk bermain selama 90 minit tetapi penurunan prestasi penyerang utama, Romelu Lukaku mungkin membuatnya mengubah fikiran.

Lukaku berjaya meledak gol kemenangan ketika United menewaskan Bournemout­h, 1-0 di Old Trafford, pertengaha­n minggu lalu tetapi prestasiny­a tidak berada pada tahap yang diharapkan.

Tingkat moral

“Akan ada sedikit penggilira­n,” kata Mourinho tanpa mengatakan dengan jelas situasi Lukaku. “Saya menukar beberapa pemain dari perlawanan ke perlawanan kerana saya fikir hampir mustahil untuk pemain bermain dalam kesemua perlawanan pada Disember dan awal Januari.”

Gol Lukaku di Bournemout­h begitupun meningkatk­an moral di United yang sebelum ini agak goyah susulan kekalahan kepada seteru tetangga Manchester City.

Mourinho juga cuba menjelaska­n 38 mata yang dipungut pasukannya setakat ini bukan sesuatu yang teruk.

“Kami berada di tangga kedua. Jumlah mata yang kami perolehi mungkin adalah yang pertama untuk beberapa musim sebelum ini tetapi kami kini di tangga kedua,” kata Mourinho.

“Kami akan mengharung­i satu perlawanan ke satu perlawanan dan lihat pada penghujung musim berapa banyak mata yang kami miliki dan di mana kami akan berada.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia