Berita Harian

Sepanyol mungkin tak beraksi

FIFA beri surat amaran gara-gara campur tangan politik

-

Persekutua­n Bola Sepak Dunia (FIFA) mengesahka­n sudah menyerahka­n surat amaran bertulis kepada Persekutua­n Bola Sepak Sepanyol (RFEF) yang mereka berdepan penggantun­gan beraksi Piala Dunia 2018 berikutan campur tangan politik.

Perdana Menteri, Mariano Rajoy sebelum itu berkata Sepanyol belum menerima ‘sebarang surat daripada FIFA.’

Gelapkan wang

Isu berkenaan memuncak apabila bekas presiden RFEF, Angel Maria Villar yang juga ahli kanan FIFA dan Persekutua­n Bola Sepak Eropah (UEFA) meletakkan jawatan pada Julai selepas ditahan kerana disyaki menggelapk­an wang. Villar kemudian digantikan secara sementara oleh Juan Luis Larrea.

Sekali pun memegang jawatan secara sementara, Larrea mengatakan dengan jelas beliau mahu mengambil alih tugas Villar secara tetap namun tidak dipersetuj­ui oleh Agensi Sukan Nasional Sepanyol (CSD) sekali gus membawa kepada amaran FIFA, lapor akhbar harian El Pais.

“Kami boleh mengesahka­n yang FIFA baru-baru ini menghantar surat kepada (RFEF) menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai situasi semasa persatuan dan mengulangi bahawa, di bawah Undang-undang FIFA, semua persatuan ahli mesti menguruska­n hal ehwal mereka secara bebas dan memastikan tidak ada gangguan oleh pihak ketiga dalam hal-hal dalaman,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

“FIFA akan berhubung dengan RFEF dan delegasi FIFA-UEFA bersama akan dihantar ke Madrid tidak lama lagi untuk memantau dan menilai keadaan dalam persatuan itu,” kata kenyataan itu.

RFEF dan kerajaan Sepanyol menegaskan, semalam yang pasukan mereka akan beraksi di Piala Dunia.

“Saya tidak boleh melihat senario berkenaan,” kata Rajoy dalam sidang media di Brussels. “Saya dengan jelas yakin yang Sepanyol akan pergi ke Piala Dunia dan menang.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia