Berita Harian

Sevilla, Levante sama-sama kental

-

Barcelona: Jurulatih Sevilla, Eduardo Berizzo yang mengendali­kan perlawanan pertamanya sejak menjalani pembedahan merawat kanser prostat diraikan penuh meriah penyokong di Sanchez Pizjuan sebelum skuad kendaliann­ya seri 0-0 menentang Levante dalam aksi La Liga, kelmarin.

Peminat melaungkan nama pengendali kelahiran Argentina itu sebelum perlawanan. Di sebalik keputusan tanpa jaringan, keduadua pasukan memperoleh beberapa peluang terbaik yang gagal disempurna­kan.

Kedua-dua pasukan berjaya menggegar gawang lawan masingmasi­ng pada babak pertama yang memaksa penjaga gol Sevilla, Sergio Rico dan penjaga gawang Levante, Oier Olazabal sibuk sepanjang perlawanan.

Tangga kelima liga

Sevilla yang dijadual bertemu Manchester United di peringkat 16 terakhir Liga Juara-juara menghuni tangga kelima La Liga selepas mengumpul 29 mata daripada 15 perlawanan.

Mereka ketinggala­n 10 mata di belakang pendahulu, Barcelona manakala Levante di tangga ke-15 selepas mengumpul 17 mata.

Berita mengenai kanser Berizzo didedahkan selepas Sevilla mengikat Liverpool 3-3 dalam aksi menarik peringkat kumpulan Liga Juara-juara di laman sendiri pada 21 November lalu.

Beliau menjalani pembedahan tujuh hari kemudian.

Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan Berizzo dijangka tidak hadir bagi perlawanan menentang Real Sociedad, minggu depan selepas dinasihatk­an untuk tidak melakukan perjalanan dengan kapal terbang sejurus pembedahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia